BHMM 42

7.8K 221 5
                                    

Sepanjang perjalanan ke Ipoh, aku lebih banyak mendiamkan diri. Bukan apa, aku masih takut dengan nenda. Aku masih terfikirkan pasal nenda. Adakah nenda masih marahkan aku? Aku risau kalau nenda masih tak maafkan aku.

"Indah, kenapa diam je ni? Kamu okay ke?" tanya papa yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

"Ha'ah, Indah. Diam je dari tadi. Sunyilah abang, tak dengar suara Indah" sambung Iqbal pula yang sedang memandu.

Aku membetulkan kedudukanku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Indah okay cuma... Cuma Indah takut kalau nenda masih marahkan Indah.." jawabku.

"Lah... Pasal itu ke. Kalau pasal tu, Indah tak payah risaulah. Nenda okay punya. Mungkin masa tu nenda angin sikit je. Alaa.. Merajuk-merajuk manjalah katakan.." jawab Iqbal.

"Ha'ah. Lagipun, papa yakin, nenda dah tak marah lagi dah sekarang ni. Takkanlah nenda nak marahkan cucu kesayangan dia ni.." sambung papa pula.

Aku hanya tersenyum kecil lalu menyandar semula.

Aku menjadi sedikit tenang apabila mendengar kata-kata semangat dari papa dan Iqbal.

"Iqbal, boleh tak kamu singgah ke kuburan arwah Mak Ngah kejap?"

Okay, kali ini, aku pula yang rasa lain semacam. Aku dan Iqbal melihat antara satu sama lain melalui pantulan cermin kereta.

"Okay, Pak Ngah"

*****

Mujurlah di kereta papa, memang tersedia yaasin. Aku, Iqbal dan papa menyedekahkan bacaan yaasin untuk arwah mama. Sambil membaca yaasin, mataku tidak henti-henti dari melihat papa. Aku dapat melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan papa. Ya, rindu. Jelas sekali, papa rindukan mama.

Usai sudah membaca yaasin, aku dan Iqbal meninggalkan papa sendirian. Aku sempat menoleh ke arah papa. Papa mengusap batu nisan mama dengan lembut. Aku dapat melihat air mata papa jatuh bercucuran.

"Izzati, maafkan abang. Maafkan segala silap dan salah abang. Abang hampir musnahkan impian Izzati. Abang hampir memisahkan Indah dari abang. Abang alpa. Abang buta. Abang lupa apa yang Izzati selalu pesan kat abang semasa Izzati masih hidup. Abang minta maaf. Tapi sekarang, Izzati tengoklah. Abang dan Indah sama-sama melawat Izzati kat sini. Kitaorang datang bersama untuk melepaskan rindu kat Izzati. Izzati.. Abang rindukan Izzati. Sekarang barulah abang sedar, tak ada sesiapa yang boleh gantikan Izzati. Belum ada sesiapa yang layak untuk gantikan Izzati. Izzati, sekarang anak kita dah besar panjang tau. Dia dah satukan kita bertiga. I am very proud of you, my wife. Izzati dah lahirkan seorang puteri yang sangat berani macam Izzati juga. Terima kasih sebab hadiahkan Indah pada abang, sayang. Abang janji, abang akan jaga Indah sepenuh jiwa raga abang. Abang janji, tak ada siapa yang akan sakitkan Indah. Abang janji, abang akan jaga keluarga kita dengan baik seperti mana yang Izzati nakkan"

Aku dan Iqbal hanya memerhatikan saja papa dari kereta. Ya Allah.. Melihat papa sebegitu, aku mula berfikiran kurang waras. Ya, dalam fikiran aku ni, aku berharap agar mama dihidupkan semula walaupun cuma untuk seminit.

"Indah okay?" pertanyaan Iqbal membuatkan aku tersentak dari lamunanku.

"Ya. I'm okay. Cuma.. Indah just berharap, kalaulah mama ada sekarang ni, Indah lah orang yang paling bahagia tapi.. Indah tahu. Ia takkan terjadi. Sampai bila-bila pun, ia tak akan terjadi, kan, abang?"

Iqbal hanya tersenyum kecil lalu dia mengesat air mataku dengan lembut.

*****

"Indra!"

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Where stories live. Discover now