Idel tersenyum lebar apabila memasuki sebuah hotel.
"Morning, Miss. Welcome to the Grand Bluewave Hotel. May I help you?" sambut pelayan hotel yang kecil molek itu.
"Morning. I nak tanya, ada tak seorang CEO dari syarikat kat KL stay kat sini? Nama dia, Indra Arifin"
"Kejap cik, saya cek"
"Okay"
Idel menunggu pekerja hotel itu mencari maklumat pasal Indra. Sambil itu, matanya liar melihat ke arah sekeliling. Tiba-tiba, bebola matanya terpandang ke arah yang membuatkan dia tersenyum lebar.
"Thank you so much, Encik Indra. Saya tak sabar nak bekerjasama dengan awak"
"Sama-sama, Datuk. Saya juga tak sabar nak mulakan projek ni dengan Datuk"
"Okay. Itu saja untuk hari ni. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam"
Tanpa berkata apa-apa, Idel terus menghampiri seorang lelaki yang segak memakai kot berwarna kelabu itu. Namun langkahnya terhenti seketika. Dia mula terfikir akan sesuatu.
Melihat lelaki itu sedang menuju ke luar, dia melajukan langkahnya keluar juga dari hotel.
Idel mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg. Lelaki itu juga kebetulan sedang fokus dengan telefon bimbitnya. Idel sengaja berjalan berlawan arah dengan lelaki itu.
Masing-masing melangkah tanpa melihat ke hadapan maka terjadilah satu pelanggaran yang disengajakan.
Idel terus menjatuhkan dirinya di lantai.
"Au! Aduhhh!"
"Er. Ya Allah! Cik, cik. Sorry, sorry. Saya tak sengaja"
Reaksi wajah Indra terus berubah apabila Idel mengangkat wajahnya.
"Indra.."
"Idel, kau buat apa kat sini?"
Idel tersenyum lalu hendak memeluk Indra namun cepat saja Indra menepisnya. Namun, Idel tidak kisah. Dia mampu lagi tergelak kecil.
"Kenapa? You takut Indah nampak I peluk you?" tanya Idel dengan senyuman sinisnya.
"Idel, kau buat apa kat sini? Kau ikut aku eh?"
"Indra, I tak tahu pun you ada kat sini. Lagipun, I baru sampai JB semalam. Entahlah, tiba-tiba je I rasa nak ke sini. Oh I know! I nak datang sini sebab ada you kat sini! See?! Firasat I kuat sangat pasal you!" kata Idel lagi dengan gaya gediknya itu.
Namun, Indra hanya berbuat biasa. Tidak ada apa yang nak digembirakan sangat pun terserempak dengan Idel.
"Hm, apa-apalah. Kau okay kan? Aku pergi dulu"
Indra mengatur langkahnya dari situ.
"What?! Dia tinggalkan aku macam tu je?!" Idel membebel sendiri.
"Indra! Indra! Indra, wait!"
Idel tidak berputus-asa mengejar Indra.
"Apa lagi kau nak, Idel? Tak cukup kat KL kau kacau aku, kat sini pun kau nak kacau aku juga ke?" tanya Indra yang jelas sekali sudah meluat dengan kedatangan tidak diundang Idel itu.
"Indra. Kenapa you menjauhkan diri dari I?"
"Eh kau sedar tak perbuatan kau ni lah sebenarnya yang boleh aku jadikan sebagai alasan yang kukuh kenapa aku menjauhkan diri dari kau, tau tak"
ANDA SEDANG MEMBACA
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Любовные романы'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...
