Iqbal menghirup tehnya sambil memerhatikan Indah yang berada di halaman rumah.
Ring! Ring! Ring!
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Iqbal mencapai telefonnya yang diletakkannya di dalam poket. Nama Indra tertera pada skrin telefonnya.
"Hello bro. What's up?"
"Bal. Kau kat mana?" tanya Indra di talian.
"Aku masih kat Ipoh ni. 2 3 hari lagi aku baliklah. Kenapa?"
"Oh, okay, okay. Tak. Actually, dari semalam lagi aku try call Indah. Banyak kali aku call. Dia tak jawab. Indah ada kat sana ke?"
"Oh. Indah ada je kat sini tapi..."
"Tapi kenapa? Indah kenapa?"
"She's not okay. So better just leave her alone"
"Kenapa? Bagi aku cakap kat dia. Pas telefon kat dia"
"Bro, tak payahlah. Sedangkan kitaorang kat rumah ni pun dah tak bercakap, apa lagi kau"
"Hmm.. Yeke? Iqbal, pasal aku ke nenda marah Indah?"
"Eh, mana kau tahu nenda marah Indah?"
"Mak Long call abah semalam. Abah aku bagitahu aku. Bal, Indah okay ke? Aku rasa bersalahlah"
"Aku pun tak tahulah nak cakap apa. Indah dah lain tau sekarang. Nenda pun dah lain. Semua dah lain"
"Tak apalah kalau macam tu. Just take care of her for me, okay"
"Okay bro"
"Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam"
*****
Aku mencapai kunci keretaku. Baru saja aku keluar dari rumah, Iqbal menahanku.
"Indah nak pergi mana ni?"
Aku merengus lalu cuba untuk lari dari Iqbal namun Iqbal tetap menahanku.
"Indah, abang tanya Indah ni. Indah pergi mana?"
"Jangan sibuk, boleh tak?!"
Mungkin disebabkan terkejut dengan sikapku ini, Iqbal terus melepaskan aku dan membiarkan aku pergi dari situ.
*****
Aku memberhentikan kereta di simpang bukit. Ya, bukit yang memang sesuai untuk sesiapa saja yang sedang sedih, hampa, kecewa dan gundah-gulana.
Aku menyandarkan belakangku di kerusi keretaku. Angin dari arah timur membuatkan aku sedikit lenyap di alam fantasiku sendiri. Namun ia cuma sementara. Alam fantasi? I wish it true.
Aku turun dari kereta lalu menghadap ke arah bukit itu. Pemandangan yang sangat menenangkan fikiran dan perasaan. Di sinilah tempatku yang selalu aku pergi ketika aku dalam keadaan yang bercelaru.
Sudah dua hari aku tidak bertegur sapa dengan nenda. Aku sangat rindukan suara nenda. Satu rumah tapi susah betul nak bersua muka. Mana tidak susahnya, kalau nenda kat ruang tamu, aku pula terperuk kat dalam bilik. Kalau nenda kat bilik barulah aku keluar dari bilik. Itu tak apa lagi, bayangkanlah, nenda punya syok lepak-lepak kat ruang tamu dengan Mak Long dan Iqbal tapi bila aku datang je, nenda terus tarik muka. Setakat tarik muka tu aku boleh tahan lagi tapi ini tak. Nenda terus naik ke bilik. Sedih aku hanya Allah yang tahu. Nenda betul-betul marahkan aku kali ni. Bukan aku tak pernah cuba untuk pujuk nenda tapi dah beribu-ribu kali aku cuba pujuk nenda, aku cuba bawa bercakap, aku cuba bawa berbual-bual seperti biasa tapi nenda buat aku macam angin monsun, angin ahmar dan banyak lagilah angin-angin. Siang tengahari petang malam aku bawa makanan ke bilik nenda tapi nenda sikit pun tak nak cakap apa-apa kat aku. Tak usah kata nak cakap dengan aku, nak tengok muka aku ni pun dia dah tak nak tengok.
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Romance'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...