BHMM 49

6.2K 172 5
                                    

Walaupun esok hari pertunangan aku, tapi aku masih tetap berkerja pada hari ini. Sign itu sign ini. Pergi sana pergi sini. Meeting sana meeting sini. Appointment sana appointment sini. Huh!

Tok Tok Tok!

"Morning, Cik Indah" ucap Ita.

"Morning, Ita. Masuklah" jawabku.

"Cik Indah, ni ada sketch projek baru kita dengan Asia Globing pastu kalau Cik Indah setuju, Cik Indah kena sign beberapa fail kat sini"

Aku memerhatikan satu-persatu sketch itu. Aku perhatikan dengan teliti, okay. Bukannya tengok aca-aca je. Ita pula setia berdiri menunggu keputusan dariku.

"Nice. Besar juga tapak projek ni. Unik. Okay, saya setuju" kataku sambil tersenyum lebar.

"Okay. Cik Indah sign kat sini"

Aku menurunkan tandatanganku di bebarapa fail dan kertas.

"Hari ni saya ada apa-apa appointment ke?" tanyaku lagi.

"Ya, ada"

Tiba-tiba, suara lelaki kedengaran dari arah pintu.

Aku terkejut mendengar suara itu yang semestinya bukan suara Ita. Dalam masa yang sama, aku juga tersenyum. Ita juga turut tersenyum setelah dia melihat Indra yang segak memakai baju kerja berdiri di tepi pintu bilik pejabatku.

"Hari ni Cik Indah tak ada apa-apa appointment. Tan Sri Izuddin sendiri yang suruh saya batalkan semua meeting dan appointment Cik Indah sampailah Cik Indah selesai dengan majlis pertunangan Cik Indah. Tapi saya rasa, Cik Indah ada appointment dengan someone special" bisik Ita sambil mengerling ke arah Indra.

"Ish, ada-ada je awak ni" jawabku tersipu malu.

"Okaylah. Saya pergi dulu. Saya akan doakan agar esok semuanya akan berjalan dengan lancar"

"Thank you, Ita. Jangan lupa datang tau"

"Heiii of courselah.."

Kami berdua tergelak kecil lalu Ita mengatur langkah untuk keluar.

"Selamat tengahari, Encik Indra" ucap Ita sebelum berlalu pergi.

"Selamat tengahari" jawab Indra lalu dia masuk dan melabuhkan punggungnya di depanku sambil tersenyum manis.

Seriously, aku memang kalah habis kalau dia senyum macam tu.

"Ada projek baru ke?" tanya Indra.

"Ha'ah. But don't worry. Saya dah cakap dengan engineer company tu, dan engineer-engineer saya sendiri, yang saya akan start projek tu seminggu lepas hari pertunangan kita" jawabku lalu mengenyitkan mata ke arah Indra.

Aku saja nak ambil hati dia sebab kebelakangan ni aku sangat sangat sangat dan tersangatlah sibuk dan entah berapa kali sudah aku cancel, lupa nak keluar lunch dengan Indra :P

"Elehhhh.. Awak rasa awak boleh pujuk saya setakat kenyit-kenyit mata macam tu? Saya masih merajuk tau"

Alamak. Bigboss sudah merajuklah pula.

"Awak, tak usahlah ditambah bara yang tersimpan, okay. Saya tahu awak datang sini sebab nak ajak saya lunch kan? Okay. Sekarang, jangan banyak cakap, jom kita lunch. Saya dah lapar ni" Aku mengambil jalan mudah dengan tidak meneruskan memujuk Indra. Aku bukannya pro dalam bab pujuk-memujuk ni. Sorry, Indra.

Indra tergelak kecil lalu dia pun mengangkat punggungnya keluar bersama-samaku. Sepadan tak kitaorang? Yang satu tak pandai pujuk, yang satu tak merajuk lama sangat :P

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Where stories live. Discover now