Setelah seminggu tidak bersua muka dengan Indra ni, entah kenapa aku rasa berdebar pula nak masuk kerja hari ni. Aku membuka pintu perlahan-lahan dan tiba-tiba.. Buppp!!
"Adoiiii!!"
"Aduhhh!!"
"Encik Indra!"
"Indah?"
Aku terus bangun dari tempat dudukku dan cepat-cepat membantu Indra untuk bangun.
"Sorry Encik Indra.."
"Sorry.. Sorry.. Naik lorilah!"
"Alaahhh.. Encik Indra ni.. Awal pagi lagi dah buat kelakar..." balasku sambil ketawa kecil namun cuma sementara. Aku kembali series apabila Indra langsung tidak ketawa. Tak kelakat kot agaknya.
"Nenek kau macam mana? Dah sihat?" tanya Indra.
Ai, ai. Tanya pasal nenda pula? Hm boleh tahan caring juga dia ni walaupun garang macam bapa singa.
"Alhamdulillah.. Nenda saya sihat je.."
"Nenda?"
"Err.. Nenek. Maksud saya, nenek.."
Aduh terlepas cakaplah pula. Harap-haraplah dia tak ambil series sangat.
"Okaylah, kalau macam tu. Aku pergi dulu.."
"Encik Indra dah sarapan?" tanyaku. Yalah, aku baru masuk dia sudah keluar. Selalunya, aku akan siapkan dulu sarapan dia sebelum dia keluar kerja.
"Aku sarapan kat office" jawab Indra ringkas lalu mengatur langkah untuk pergi.
"Encik Indra!"
"Apa lagi kau ni? Aku dah lambatlah"
Aku mendekati Indra sambil mengeluarkan kek lapis yang aku bawa dari Ipoh semalam dari begku.
"Saya ada buat kek lapis untuk Encik Indra. Naahh.. Ambillah.."
Indra melihatku lalu melihat pula ke arah kek lapis itu. Tidak lama kemudian, dia mengambilnya.
"Thanks.."
"You're welcome.."
Aku hanya tersenyum kecil melihat Indra yang masuk ke dalam kereta.
*****
Indra masuk ke bilik pejabatnya dengan wajah yang berseri-seri. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi lalu membuka bekas makanan kek lapis yang diberi oleh Indah semasa dia hendak ke kerja tadi.
Baru saja dia hendak mencapai kek lapis yang berwarna hijau, coklat, merah itu, tiba-tiba seseorang terlebih dahulu mencapai kek lapis tersebut.
"Amboi cantik perangai kau! Aku tak sentuh pun lagi kek lapis ni, Iqbal! Potonglah kau ni!" marah Indra.
"Eleehhh... Rilekslah. Kek lapis je kot.." balas Iqbal selamba.
Malas hendak mengulas pasal itu, Indra dan Iqbal pun makan kek lapis itu bersama-sama.
"Bila kau sampai?" tanya Indra.
"Semalam. Aku balik dengan In... Err.. Maksud aku, aku balik dengan sepupu aku" jawab Iqbal selamba walaupun hampir terlepas cakap nama Indah.
Indra hanya mengangguk faham. Mujurlah dia tidak perasan. Iqbal menghembus nafas lega.
"Berselera betul kau makan kek lapis ni. Tak pernah-pernah kau macam ni. Kenapa? Orang yang bagi kau kek lapis ni, special ke?" tanya Iqbal pula.
![](https://img.wattpad.com/cover/88115616-288-k86721.jpg)
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Romance'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...