Seseorang menekup mulutku dari belakang membuatkan aku berasa tidak tentu arah.
"Diam! Diam! Kau nak selamat tak?!"
Aku terdiam sebaik saja 'dia' berkata sedemikian. Aku terus menenangkan diriku dan secara perlahan-lahan, tangan yang menekup mulutku itu juga melepaskan aku.
Alangkah aku terkejutnya apabila melihat Idel berdiri di hadapanku.
"Kau! Apa kau.."
"Shhhtt! Diam! Aku datang sini sebab aku nak selamatkan kau"
"Kau jangan tipu aku lagilah, Idel. Tak puas lagi ke kau tipu aku?!"
"Indah! Control suara kau tu, boleh tak?! Kau nak Ifwat dengar ke?! Kau nak Ifwat kurung kau sampai mati kat sini?!"
Aku terus terdiam sebaik saja Idel berkata sedemikian. Idel seakan-akan betul-betul memaksudkan apa yang dia katakan sebentar tadi.
"Idel..."
"Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Lepas ni.."
"Tapi saya nak awak dengar juga apa saya nak cakap" celahku dengan memulakan menukar kata ganti diri dengan perkataan 'saya'.
"Indah, dah tak ada masa lagi nak..."
"Idel, listen. Walaupun awak bersatu dengan Indra sejak dari dulu lagi, kalau dah Allah sediakan seseorang yang jauh lebih baik dari Indra, awak dan Indra tetap tak akan bersatu juga. So please, jangan salahkan diri awak terus-menerus. Saya tak cakap yang awak lari dari majlis pertunangan awak dulu tu sesuatu yang betul tapi itulah hakikatnya. Mungkin masa tu Allah swt dah tunjuk kat awak yang ada seseorang di luar sana mampu bahagiakan awak walaupun bukan dengan lelaki yang pernah sakitkan hati awak dulu. Idel, awak berhak dapat bahagia itu cuma awak perlu belajar maafkan diri awak dan terima takdir Allah dengan hati yang terbuka, okay. Percayalah cakap saya ni"
Aku sudah boleh melihat senyuman terukir di bibir Idel. That's smile! Senyuman yang tidak pernah aku lihat dari Idel. Senyuman yang sangat berbeza dari sebelum ini.
"Dan percayalah yang saya akan bawa awak pergi dari sini" balas Idel dengan sangat lembut lalu dia pun membuka tali ikatan tangan dan kakiku dengan menggunakan pisau.
Selepas saja ikatanku terlerai, aku terus memeluk Idel dengan erat.
"Thank you so much.." ucapku.
"Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih kat awak, Indah" balas Idel.
Kami tersenyum antara satu sama lain.
"Indah!"
Tiba-tiba, suara seseorang memanggil namaku. Ya, itu suara papa!
Baru saja aku hendak melangkah ke bilik tempat papa dikurung, pintu bilik itu sudah pun dibuka dan satu lagi senyuman yang membuatku gembira.
Aku terus mendapatkan papa dan memeluknya dengan erat.
"Indah okay?"
"Ya, I'm good. Papa okay?"
"Papa okay, sayang"
Aku tersenyum kecil.
"Indah, Uncle, kita kena cepat pergi dari sini. Tak lama lagi Ifwat akan datang" Idel mula bersuara.
Tanpa berkata apa-apa, aku, papa, Idel dan beberapa orang konconya terus meninggalkan tempat itu dengan segera.
Kami keluar sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Setelah salah seorang konco Idel memberi signal dengan menaikkan ibu jarinya, Idel menyuruh kami pergi ke arahnya manakala Idel akan mengekori kami dari belakang.
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Romance'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...