6:50
....7:00
....7:05
....7:10
....7:15
....7:20
....7:25
....7:30
....7:35
....7:40
....7:45
....7:50
....Entah berapa kali sudah Indra asyik ke hulur ke hilir di ruang tamu. Entah berapa kali sudah agaknya dia keluar dan masuk semula ke dalam rumah. Entah berapa kali sudah agaknya dia duduk berdiri duduk berdiri dari tadi. Entah berapa kali sudah agaknya dia melihat ke arah jam.
"Eh, Indra. Kenapa tak ke office lagi ni?" tanya Datuk Izhar yang segak memakai baju kerja dengan kot hitam yang sedang menuruni anak tangga.
Pagi itu, dia akan turun ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat yang penting bersama-sama Indra sendiri.
Indra menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu sekali lagi melihat ke arah jam. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.
"Abah, bukan ke sepatutnya Indah dah ada kat sini?"
"Lah, kamu tak tahu ke?"
"Tahu apa, bah?"
"Indah cuti hari ni. Dia bagitahu abah semalam"
"Cuti? Kenapa? Dia sakit ke?"
"Ha'ah. Dia demam. Semalam abah dengar suara dia pun tak berapa sihat"
Indra diam sejenak. Hatinya mula bimbang.
"Err.. Okaylah, bah. Jom, kita gerak"
"Okay, jom. Dah lambat dah ni"
*****
Iesya membawa sebesen air ke arahku lalu diletakkan di atas meja. Kain basah diletaknya di kepalaku dan mengelap seluruh wajahku dengan lembut.
"Indah, panas ni badan kau. Kau tak nak ke hospital ke? Aku risaulah" kata Iesya sebaik saja dia memegang dahi serta leherku.
Aku yang sedang baring dan berbalut dengan selimut hanya tersenyum kecil.
"Kita ke hospital ya?" ajak Iesya untuk yang ke sekian kalinya.
"Babe. Aku demam sikit je lah. Nanti eloklah. Kau janganlah risau" jawabku lembut. Entah Iesya dengar ke tidak suaraku tu. Suara macam tercekik buah pisang je.
"Degillah kau ni. Indah, jomlah kita ke hospital. Kat rumah ni manada ubat, panadol pun tak ada. Nak harapkan air ni je memang lambatlah demam kau tu nak kebah" pujuk Iesya lagi.
Melihat Iesya yang beriya-iya sebegitu, aku akur. Rasa terharu apabila ada sahabat yang tidak putus-putus risau akan diriku.
Indah memapahku ke kereta. Aku hanya memakai seluar jeans dan cardigan berwarna putih. Rambutku aku biarkan terhurai.
Setibanya kami di hospital, Iesya terus ke kaunter untuk mengambil nombor giliran. Aku pula menanti Iesya di ruangan menunggu. Aku tersandar lemas.
Beberapa minit kemudian, namaku dipanggil. Aku masuk ke dalam bilik nombor 5 manakala Iesya hanya menunggu di luar.
Doktor perempuan yang bernama Izani itu memeriksa keadaanku. Doktornya sangat lemah lembut sesuai dengan penampilannya yang bertudung itu.
"Okay, cik Indah. Awak cuma demam biasa cuma saya dapati awak kelihatan sangat penat dan kurang tenaga. So lepas ni kurangkan buat kerja-kerja berat dan pastikan awak tidur secukupnya. Okay?" pesan Doktor Izani dengan lembut sekali siap pula dengan senyumannya yang manis itu.
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Romansa'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...