Pagi itu, aku telah dibenarkan keluar dari hospital. Anggota badanku pun boleh tahan stabil sudah ni. Aisehmen. Well, aku kan kuat macam Blank Mong Ji Hyo. Cuma yang tak tahannya tu, aku ditembak. Pergh, kenangan paling pahit seumur hidup aku dan tak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila!
Iesya:
Babe, sorry. Aku tak boleh nak jemput kau kat hospital. Aku ada kerja last minute. Tapi aku dah bagitahu Indra, nanti dia yang jemput kau,okay. Muah xoxo!Baru saja beberapa saat aku baca Whatsapp dari Iesya, Indra sudah pun muncul.
"Good morning, my maid" ucap Indra lembut.
Hufff! Tak tahulah macam mana nak cakap perasaan aku sebaik saja dia memanggilku sebegitu. My maid? Lain bebeno ayat tu. Eh, dah, dah. Apa aku merepek ni.
"Morning.. Maaflah, Encik Indra, saya.."
"Indra.."
Indra membetulkan kesilapanku. Lupa pulok! Orang tu dah tak nak kite panggil dia Encik Indra.
"Oh, sorry. Indra. Saya kekoklah panggil Indra"
"Takpalah. Memanglah awal-awal memang kekok, tak biasa. Tapi lama-lama okaylah tu" kata Indra seraya ketawa kecil.
Aku juga turut ketawa.
"So, dah siap? Boleh kita gerak sekarang?"
"Ya, jom"
Indra mengangkat beg pakaianku. Takpalah, biarlah dia angkat, bukannya berat pun.
Aku dapat merasa Indra seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab. Dialah yang memeriksa tentang keadaan diriku sekarang bersama dengan doktor. Dia kelihatan amat series semasa mendengar apa yang dikatakan, apa yang dinasihatkan, apa yang dicadangkan oleh doktor agar aku dapat pulih seperti biasa. Aku pula hanya tersenyum kecil. Entah apa doktor ni cakap aku faham 50/50 saja. Aku rasa Indra lebih faham berbanding aku.
"Okay, so far itu sajalah yang Puan Indah kena jaga. Jangan lakukan kerja-kerja berat. Rehat secukupnya. Makan ubat ikut masa yang ditetapkan, okay" pesan doktor yang berbangsa India itu.
"Okay. Doktor jangan risau. Saya sendiri akan pastikan dia ikut apa yang doktor suruh" jawab Indra.
Amboi, amboi, doktor tu cakap kat kita dia pula yang menjawab.
"Good. Untung Puan Indah dapat suami macam ni. Senang hidup..."
SUAMI??!!
Aku dan Indra memandang antara satu sama lain. Agaknya dia rasa tak apa aku rasa? Dag dig dug jantung ini.
*****
Aku dan Indra menuju ke arah kereta miliknya. Baru saja Indra membukakan aku pintu tiba-tiba Ifwat datang menyerbu kami berdua. Dia menghempas tangannya sehingga pintu yang dibuka oleh Indra tadi tertutup dan hampir tersepit jari telunjukku.
"Ifwat, apa masalah awak ni?!" getusku yang masih lagi marahkan dia pasal semalam.
"Indah.. Saya minta maaf. Saya tahu saya salah tapi saya tak sengaja.."
"Dahlah Ifwat. Kau tak payah berlakon lagilah kat sini. Ini hospital bukannya set penggambaran" celah Indra pula.
"Eh, kau diamlah! Kau siapa ha nak masuk campur hal aku dengan Indah?! Kekasih dia?! Suami dia? " Ifwat mula meninggikan suaranya lalu menolak Indra namun cepat saja aku menarik Indra semula.
"Ifwat, aku tak nak gaduh dengan kau kat sini.."
"Kenapa?! Kenapa, ha kenapa?! Kau takut dengan aku?! Atau kau sengaja nak tunjuk baik depan Indah?! Kau memang pandai berlakonkan, Indra. Depan Indah kaulah malaikat, kaulah baik tapi kalau belakang Indah, kau ni sebenarnya syaitan! Talam dua muka!!"
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Romance'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...