BHMM 1

25.2K 541 4
                                        

2016..

"Fine. Sekarang papa pilih. Papa pilih Indah atau perempuan tu?!"

Papa terdiam seketika apabila aku, anak tunggal perempuannya mengajukan soalan itu.

"Answer me, pa. Who is your choice?! Is it me or her?!"

"Perlukah kamu tanya soalan macam tu kat papa, Indah?"

"Yes, I have to"

"Indah, kamu tahu yang papa sayangkan kamu, right? You know how I much love you, right? You are my only daughter"

"Then proof it to me"

Papa kelihatan semakin runsing. Fikirannya semakin bercelaru. Dia terduduk di sofa.

"Papa minta maaf.."

Jantungku semakin berdegup kencang apabila papa berkata sedemikian. Apakah di sebalik kata-katanya itu?

"Papa..." terketar-ketar suaraku memanggil ayah yang sangat aku sayangi itu. Manakan tidak, hanya dialah ahli keluargaku yang masih ada ketika ini. Dialah semangatku. Dialah nyawaku. Dialah segala-galanya bagiku. Aku seakan-akan dapat meneka jawapan papaku itu yang juga merupakan pengarah besar di salah satu syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur.

Papa melihatku dengan mata yang sayu. Dia melihat susuk tubuh  seorang anak perempuannya ini yang berdiri di hadapannya dengan pandangan yang seolah-olah ada sesuatu perkara yang dia tidak sanggup hendak katakan.

"My.. My choice was her.."

Air mataku terus jatuh mengalir membasahi pipiku. Aku melihat papa dengan perasaan yang sangat perih. Tidak. Ketika itu, aku tidak lagi merasa apa-apa. Hatiku sangat hancur, hancur dan hancur! Hatiku remuk tidak terkata. Hatiku hampa tidak terkata. Hatiku sedih tidak terkata.

Dalam masa yang sama, seorang wanita yang berpakaian singkat berwarna merah hingga paras lutut masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman sinis lalu memeluk tubuhnya yang masih bergetah itu. Itu dia, senyuman kemenangan!

Perlahan-lahan aku memusingkan kepalaku untuk memandangnya. Aku memerhatikannya dengan pandangan yang tajam walaupun air mataku tidak mampu berhenti mengalir kemudian aku berpaling pula ke arah papa.

"Thank you so much, Tan Sri Izuddin Aminuddin"

Ya, tiada lagi perkataan 'papa' dari mulutku ini.

Jelas kelihatan riak wajah orang tua itu berubah kelat dan terkejut apabila aku tidak lagi memanggilnya dengan gelaran 'papa'.

"Indah, kenapa panggil papa macam tu? Tak baik tau" tiba-tiba Ilya bersuara. Suara yang sangat aku benci. Sangat menyampah! Ya, suara Ilya. Ilya, ibu tiriku sejak 5 tahun yang lalu namun sampai sekarang aku tidak memanggilnya dengan gelaran 'mama' kerana bagi aku tiada siapa yang dapat menggantikan tempat arwah ibu kandungku yang dulu, Puan Sri Izzati Anisa. Ibu kandung tetap ibu kandung dan ibu tiri tetap ibu tiri. Tiada siapa dapat mengubahnya.

"Habis tu, kau nak aku buat apa, Ilya? Kau nak aku berlakon baik macam kau? Kononnya depan papa aku, kaulah perempuan paling baik. Pijak semut pun tak mati tapi di belakang papa aku perangai kau ni..."

"Cukup, Indah Ardini!" celah Tan Sri Izuddin dengan rasa marah lalu berdiri dari tempat duduknya.

"Indah.. Apa kamu cakap ni? Mama.."

"Jangan sesekali kau gelarkan diri kau mama. Kau bukan mama aku!"

"Indah, jaga perangai kamu kalau tidak papa akan.."

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang