Sudah hampir satu jam aku menunggu di depan rumah ni, batang hidung Iesya pun aku tak nampak. Jangan kata batang hidung, bayang-bayang dia pun aku tak nampak lagi ni ha. Ke mana agaknya Iesya pergi?
Tidak lama kemudian, kereta milik Iesya tiba di perkarangan rumah. Akhirnya. Aku berdiri dari tempat dudukku dan menunggunya keluar dari kereta.
"Hai, babe. Laahhh.. Kau kat sini?" tanya Iesya setelah keluar dari keretanya.
"Yelah. Aku kat sini. Aku tunggu kau" jawabku.
"Tunggu aku? Kenapa pula?"
"Hmmm... Kalau ya pun, tak nak jemput aku masuk ke? Aku tunggu kau lama tau kat sini"
Iesya tergelak kecil seraya memukul bahuku.
"Au! Sakitlah!"
"Lupa pula. Okay, okay. Jom masuk"
Aku juga turut ketawa lalu kami pun masuk ke dalam rumah. Rumah yang selama ni banyak melindungi aku dari panas, hujan dan cuaca-cuaca yang sewaktu dengannya.
*****
"What?! Tunang?! Betul ke apa yang kau cakap ni?" tanya Ifwat terkejut apabila Idel memberitahunya yang Indra akan bertunang dengan Indah tidak lama lagi.
"Yes. Indra sendiri bagitahu I masa kat JB. Diaorang dah nak tunang bulan depan. Ifwat, apa kita nak buat ni? I tak nak kehilangan Indra. I tak nak, I tak nakk!!" kata Idel yang sudah mula tidak keruan.
"Tak guna! Tak boleh jadi ni! Kita tak boleh biarkan diaorang macam tu je. Kita kena buat sesuatu. Aku pun tak nak kehilangan Indah"
"Ifwat, I tak kira. Kali ni, turn you pula yang kena buat sesuatu. I dah penat dah buat itu, buat ini. Plan itu, plan ini. Semua tak jalan. Orang-orang I pun satu. Semua lembap! Semua tak boleh harap! Bodoh betulllah!!"
"Orang-orang aku pun dua kali lima je dengan orang-orang kau. Semua tak boleh pakai tapi kalau nak habuan tu, tak nak lambat seminit. Heih! Semaklah aku macam ni!"
"Semak tak semak. Kali ni, I dah tak nak fikir apa-apa. I nak you buat sesuatu. I will help you. I tak nak diaorang tunang. I tak nak kehilangan Indra untuk kali kedua!"
"Ya, kau sabar boleh tak?! Janganlah gelabah macam ni! Kalau kau gelabah macam ni satu apa pun tak boleh jalan!"
"Habis tu you nak I buat apa?! Duduk diam?! Rileks, goyang kaki?! Makan kuaci?! Atau you nak I senyum, ketawa hahahahahahah happy macam orang gila?! Memang taklah! Apa kena dengan you ni?!" jawab Idel lalu menolak Ifwat dek kerana terlalu marah dengan sifat cool Ifwat yang tidak kena dengan situasi itu.
Ifwat juga tidak mampu menahan marahnya. Dia menarik rambut Idel dengan kuat.
"Hei, Ifwat! Apa you buat ni?! You dah gila ke?! Lepaskan I! Sakitlah!"
"Hei perempuan! Kau boleh tak control perangai kau ni?! Aku dah cakap, jangan gelabah, kau janganlah gelabah. Duduk je lah diam-diam. Zip mulut kau tu! Aku tahulah apa aku nak buat! Kau tak payah ajar aku macamlah kau tu hebat sangat! Satu apapun tak jadi!"
"Okay, fine! Lepaskan I! Sakitlah!"
Ifwat terus melepaskan Idel dengan kasar sambil merengus geram.
Idel menyelak rambutnya agar kembali nampak kemas. Dia mengerling sekilas ke arah Ifwat dengan tajam.
*****
"Adoiiii.. Susah-susah je lah. Kalau aku nak minum, aku boleh ambil sendiri" kataku sebaik saja Iesya menghidangkan aku air.
"Ehh, mana boleh. Kau tu sekarang, dah jadi tetamu aku. Mana boleh masuk dapur" jawab Iesya seraya tergelak kecil.
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Storie d'amore'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...