BHMM 10

11.8K 356 4
                                        

Aku tercegat di hadapan perkarangan rumah nenda. Sebuah rumah yang berkonsepkan tradisonal. Mewah tapi penuh dengan kekampungan. Aku seakan-akan bagaikan pertama kali menjejakkan kaki di situ. Ya Allah... Berdebarnya hatiku ini melihat rumah ini. Adakah nenda marahkan aku? Adakah mak long Izzatul marahkan aku?

"Indah"

Lamunanku terhenti apabila Iqbal menyentuh bahuku dari belakang.

"Are you okay?" tanya Iqbal sambil menggantungkan kaca mata hitamnya di poket jaketnya.

"Nervous sikit" jawabku ringkas.

"Don't worry. Everything gonna be okay"

"Ya. I hope so"

Kami tersenyum antara satu sama lain. Semasa Iqbal sudah mengatur selangkah ke hadapan, aku pula masih berdiri di tempat yang sama. Iqbal terus memegang pergelangan tanganku dan secara automatik langkahku juga mula berubah dan ke hadapan perlahan-lahan.

*****

Aku membiakan Iqbal terlebih dahulu masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum. Nenda, ibu, tengok ni, siapa yang datang"

Aku memberanikan diri untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

Jelas sekali wajah nenda dan mak long Izzatul berubah apabila melihat kehadiranku pada pagi itu.

"Indah!!! Ya Allah, cucu akuuu! Indahhhhh! Nenda rindu sangat kat Indah. Indah pergi mana, nak? Buat nenda risau je lahhh"

"Yalah, Indah. Mak long pun risaukan Indah. Ke mana Indah pergi? Indah sihat tak ni? Sakit ke? Ke mana sajalah Indah pergi selama ni? Kitaorang risau tau pasal Indah"

Nenda memelukku dengan erat sekali lalu kedua-dua belah pipiku dikucup dengan penuh kasih sayang. Air mataku turut mengalir membasahi pipiku. Mak long Izzatul juga turut membuat perkara yang sama. Aku juga turut mengalirkan air mata.

"Nenda, mak long, Indah minta maaf"

"Indah, kami tak marahkan Indah. Kami tak salahkan Indah cuma mak long, nenda, papa, risaukan Indah. Janganlah pergi lagi,ya" balas Mak long Izzatul lalu mengesat air matanya.

Nenda pula hanya berkepit denganku. Aku mengesat air mata nenda lalu mencium dahinya. Melihat mereka berdua, rasa rinduku pada arwah mama terubat sedikit.

"Okay, Indah janji. Indah tak lari okay. Indah stay sini temankan nenda dan mak long" balasku ingin meriahkan suasana yang sedih di antara kami ketika itu.

"Hmmm.. Untunglah Indah. Balik-balik je dah dapat layanan mesra. Ni, orang kat sini ni takda siapa nak layan"

Tiba-tiba Iqbal bersuara. Ceh, merajuklah tu konon!

"Alololoo.. Kesian anak ibu ni. Okay, hari ni, ibu akan masakkan makanan favourite Iqbal dengan Indah. Okay?"

"Indah juga ke? Alaaa tak payahlah ibu. Masak makanan favourite Iqbal je lahhh.." balas Iqbal sambil menjelirkan lidahnya ke arahku.

"Nendaaaaa!!! Tengok abang Iqball tuuu!"

"Eh, eh. Dah, dah! Kamu dua ni tak habis-habis. Ada saja yang tak kena. Jangan risau, ibu dan nenda akan masakkkan makanan favourite kamu berdua. Sekarang ni, kamu dua pergi naik dulu, rehat"

Baru saja ku hendak mencapai beg rodaku, Iqbal terus menjatuhkannya lalu memecut lari masuk ke dalam biliknya.

"Nenda, Mak long, tengok abang Iqbal tuuu!!!"

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang