BHMM 45

6.7K 184 6
                                        

Sedang Indra bersarapan seorang diri di lobi hotel, tiba-tiba Idel datang lalu duduk di hadapannya tanpa dipelawa sambil tersenyum manis.

Indra terus masam mencuka apabila melihat wajah Idel. Sudu dan garfu di tangannya pun dilepaskan dengan perasaan meluat.

"Good morning, sayang" ucap Idel seraya mencapai tangan Indra namun Indra terlebih dahulu menarik tangannya.

"Idel, boleh tak kalau sehari kau tak kacau aku? Atau kau nak aku melutut kat kau, merayu macam pengemis supaya kau tak ganggu aku?"

Belum apa-apa lagi, Indra sudah naik angin dengan Idel.

"Indra, kenapa dengan you ni? I datang sini dengan cara yang baik tau. Ini you balas kat I? You ingat I ni apa, ha? Sampah? Perempuan tak ada harga diri? Perempuan yang you kutip dari tepi jalan?"

"Idel, kau jangan buat kecoh kat sini"

"Kenapa?! Ha, kenapa?! You takut orang tengok? You malu?!"

Suara Idel makin lantang. Separuh dari lobi itu mula memerhatikan mereka.

"Idel, don't start it"

"Why?! I already told you, Indra. Jangan cabar I! I tak pernah tak dapat apa yang I nak!"

Indra semakin bengang dengan perangai Idel itu. Dia melihat ke arah sekelilingnya. Ada yang berpura-pura tidak tahu. Ada yang sedang berbisik sambil melihat ke arah mereka.

"Idel, kau jangan buat hal kat sini. Orang ramailah. Kau tak malu ke?!"

"Biar! Biar orang tengok! Lepas apa you dah buat kat I, you ingat you akan terlepas macam tu je?!"

Idel memandang Indra dengan tajam tanpa senyuman namun tiba-tiba riak wajahnya mula berubah.

"Indra, please. You tahu I cintakan you, right? Please.. Bagi I peluang. I janji, I takkan ulang apa yang I buat dulu. I nak you tahu, cinta I, sayang I kat you tak pernah berubah. I still love you" Idel kembali mengawal suaranya.

Indra tersandar di kerusi sambil mengeluh panjang.

"Okay, fine. Sekarang aku nak tanya kau, kau masih nak cintakan aku sedangkan tak lama lagi aku akan jadi tunangan orang?"

Tercengang Idel dibuatnya apabila Indra berkata sedemikian. Idel terdiam seketika. Mulutnya langsung tidak tergerak lagi. Lidahnya yang tadi petah bercakap, kini terhenti serta-merta.

"Pleaselah, Idel. Move on. Aku dah tak cintakan kau" ujar Indra lagi.

"Siapa perempuan tu?"

"Kau tak perlu tahulah siapa perempuan tu"

"Who is she?!"

"Idel.."

"Indah?"

"Hei, suka hati akulah nak tunang dengan siapa"

"You tunang dengan Indah, kan?!"

"Yes! Indah. I love her so much. Kitaorang akan tunang bulan depan so lepas ni jangan ganggu aku, jangan ganggu Indah, jangan ganggu kami!"

Dek kerana hatinya yang terlalu panas dan marah, Idel bangun dari tempat duduknya dan menyimbah jus oren tepat ke arah wajah Indra. Tidak cukup dengan itu, dia menghumban gelas kaca itu ke lantai mengakibatkan gelas kaca itu pecah.

"You takkan bahagia dengan Indah. Ingat tu, Indra!"

Idel terus berlalu pergi dari situ.

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang