BHMM 36

8.6K 213 6
                                        

Pagi itu aku joging di tempat biasa. Telefon bimbitku aku tinggalkan di rumah. Bukan apa, aku memang malas nak layan orang call aku masa aku joging. Jangan kata call, orang message pun belum tentu lagi aku nak tengok phone aku. Pagi itu agak ramai yang joging mungkin dek kerana hari minggu. Ada yang berjoging bersama ahli keluarga, ada yang berjoging dengan kekasih hati masing-masing. Siap kejar-mengejar pula tu. Dan tidak ketinggalan juga ada yang joging bersendirian dan aku adalah salah satu darinya.

Kenapa si mak lampir tanjung rambutan tu tak join aku? Sebab, lepas sembahyang subuh tadi, dia terlelap. So tadi, masa aku tengok wajah dia dan aku tenung wajah dia masa dia sedang tidur, aku dapat bayangkan dia mengamuk macam orang gila kalau aku kejutkan dia. So conclusionnya, aku tak kejutkan dia.

Aku terhenti dengan serta-merta sebaik saja tiba di bangku. Pergh gila! Sedar tak sedar, sudah hampir 10 round aku pusing. Aku duduk di bangku sambil melihat beberapa orang sedang melakukan aktiviti senamrobik. Dari jauh, macam syok je dorang menari. Aku cuma tersenyum kecil. Melihat makcik Intan yang menoleh ke arahku, aku terus melambaikan tanganku ke arahnya. Makcik Intan memberi signal kepadaku agar turut serta dengannya namun aku menggelengkan kepalaku. Bukan apa, aku segan. Aku memang kaki workout tapi kalau bab-bab menari ni, hehehehe.. Rasanya tak kot.

Aku menyandar di bangku. Aku hanya mengelap peluhku menggunakan hujung jaket Nike ku. Lupa pula nak bawa sapu tangan tadi.

Tiba-tiba, sehelai tuala singgah tepat di hadapanku namun aku tidak mengambilnya.

"Good morning, my maid. Joging tak ajak"

Alamak! Rasanya aku kenal dengan pemilik suara ni. My maid? Okay, aku rasa aku tutup mata pun aku boleh tahu siapa dia.

Aku perlahan-lahan menoleh ke arah pemilik suara itu yang sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelahku.

Dia juga sama seperti aku. Mandi peluh. Agaknya dia juga sama seperti aku, joging. Eh, kat sini memanglah tempat orang nak joging. Takkan main pool pula. Tapikan, bukan main lagi peluh dia. Pergh, entah berapa round agaknya dia dah pusing.

"Indra? Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh ada kat sini?"

Seriously, aku betul-betul blank sekarang ni. Kenapa Indra boleh ada kat sini? Sapu tangan tadi aku masih lagi tidak menyentuhnya.

Tanpa aku sedari, Indra sudah mengelap wajahku menggunakan sapu tangan tadi. Siap tersenyum pula tu. Tercengang aku dibuatnya. Aku hanya membiarkan saja dia berbuat sedemikian.

Ya Allah.. Kenapa kau dekatkan dia pada aku sedangkan aku berusaha menjauhkan diri dari dia? Apa yang cuba Kau sampaikan kepadaku sebenarnya?

"Tak pernah nampak awak mandi peluh macam ni.."

Aku terus memegang sapu tangan milik Indra membuatkan dia terhenti dari terus mengelap wajahku.

Kami bertentangan mata sambil tangan kami tertindih antara satu sama lain.

"Saya boleh buat sendiri" kataku lalu aku beralih ke arah lain.

Indra hanya tersenyum lalu dia juga mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Macam mana awak boleh ada kat sini?" ulangku.

Indra memandangku sekilas lalu bangun dari tempat duduknya.

"Jom, joging" ajaknya yang segak memakai pakaian sukan berwarna kelabu jenama Adidas. Satu set pula tu.

What?! Haihh.. Aku tanya lain, dia jawab lain. Tapikan, entah kenapa aku rasa kelakar tengok Indra macam ni. Ceria, happy, semangat.

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang