💮 1

103K 2.2K 36
                                    

Aku sedang leka melakar rekaan terbaru di atas kertas sebelum deringan telefon menghentikan segala perbuatanku. Aku capai phone di sebelah dan lihat nama si pemanggil.

'My Ibu ❤️✨'

Peliknya.

Tak pernah pernah Ibu telefon waktu-waktu macam ni. Aku angkat bahu malas hendak fikir sebabnya. Jariku laju menyeret ikon hijau yang dipaparkan untuk menerima panggilan tersebut. Aku lekapkan phone di telinga sambil tangan sebelah kanan masih ligat menyambung lakaran yang tergendala sebentar tadi.

"Assalamualaikum, Ibu. Ada apa call Hana ni?"

"Waalaikumussalam. Ibu ganggu Hana ke? Sorry lah kalau Ibu ganggu Hana tengahari buta ni. Hana sibuk ke?" lembut suara Ibu menyapa telinga begitu menyejukkan hati aku.

"Eh taklah. Ibu tak ganggu pun. Ibu nak pesan apa-apa ke untuk Hana bawa balik nanti?"

"Taklah. Ibu nak cakap ni. Harap Hana tak terkejut lah,"

Teragak-agak suara Ibu menyuarakan hasrat.

"Oh cakaplah,"

Aku tak tumpukan sepenuh perhatian pada Ibu sebenarnya. Fikiranku ligat memikirkan tentang rekaan terbaru untuk bulan ini.

"Ada orang masuk meminang Hana,"

"Ohh..." aku mengangguk-angguk kepala mendengar pernyataan Ibu.

Sehingga selepas itu aku seperti sedar sesuatu.

Eh wait, what?!

Masuk meminang?!

Aku terkebil-kebil. Pensil di tangan sudah diletakkan di atas meja. Perlahan, tubuhku sandar ke kerusi.

Salah dengar ke eh?

"Apa dia, Ibu? U--ulang balik apa Ibu cakap tadi?"

"Ada orang masuk meminang Hana,"

"What?!"

Terjerit aku di situ sehingga tanpa sengaja menepuk meja. Badan yanv tadi disandarkan terus tegak. Pensil di atas meja juga sudah terpelanting entah ke mana.

Why so sudden?!

"Siapa?"

"Bila?"

"Macam mana? Apa ni, Ibu..." aku merengek perlahan. Rasa macam nak menangis pun ada.

Aku masih muda kut. Baru 23 tahun.

Takkan dah nak kahwin?

No way!

Entah dengan siapa-siapa entah. Ya Allah, tak sukanya!

"Baru je tadi. Hana, Ibu letak dulu ya. Kita bincang dekat rumahlah. Bincang depan-depan lagi elok kan? Hana buat kerja elok-elok. Assalamualaikum,"

Belum sempat aku membalas, Ibu sudah pun memutuskan talian.

Aku mengeluh dan menjawab salam di dalam hati.

Apa ni?

Kenapa tiba-tiba?

Tak ada angin, tak ada ribut taufan tiba-tiba ada orang masuk meminang aku?

Eh dah macam novel lah pulak. Kahwin dengan stranger!

Tapi aku taknak!

Dengan business yang baru je setahun jagung ni nak fokus kahwin pulak. Nanti dah berkeluarga susahlah. Nak jaga suami lah itulah inilah. Lagi nanti bila dah ada anak. Susahlah nak bahagi masa. Mesti kena letak perhatian dekat keluarga sepenuhnya.

Keluhan terlepas daripada mulutku. Perlahan, aku duduk semula di kerusi dengan menyandar lemah.

Jauh pula aku fikir. Belum tentu aku terima, kan?

Hm siapa ya?

Aku mana ada kawan lelaki. Teman lelaki apatah lagi?

Haram semua aku reject habis-habisan. Inii semua sebab dia.

Ya, dia.

Lelaki yang buat aku betul-betul menyampah dengan insan berkaum Adam kecuali Abah.

Abah lelaki paling hebat, tak pernah sekali pun dia melukakan hatiku. Semoga Abah tenang di sana.

Aku jadi geram pula apabila mengingatkan semua perkara itu kembali.

Mungkin sudah lama berlaku, namun segalanya masih segar dalam ingatan. Bila diingat semula, perasaan malu, marah, sedih semuanya bercampur dalam hati.

Aku berharap sangat aku takkan berjumpa dengan lelaki itu semula sampai bila-bila walaupun Malaysia ni tak adalah besar mana, tak mustahil aku akan jumpa dia di mana-mana.

Argh, tapi yang pasti aku taknak jumpa dia langsung!

Tengok muka pun taknak!

Dengar nama lagilah taknak!

Nama lelaki itu dah diharamkan untuk disebut di depan aku! Pokoknya, segala tentang dia, aku taknak tahu lagi dah!

Huh!

Aku mengeluh lagi.

Mood hendak melakar sudah jauh terbang entah ke mana. Aku tolak kerusi yang beroda itu dekat dengan tingkap. Tanganku tongkatkan di dagu. Aku termenung sambil memandang kesibukan kota.

Segala peristiwa pahit itu kembali menjengah ingatan.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now