💮 SPECIAL CHAPTER (LAST)

40.6K 1.2K 66
                                    

Lumrah kehidupan, setiap apa yang bermula dan dimulakan pasti ada akhirnya dan wajib diakhiri. Sebulan tu, sekejap je sebenarnya.

Pejam celik, pejam celik, Ramadhan Al-Mubarak dah hampir menemui penghujungnya. Bagi yang menghayati, pastilah sedih dengan pemergian bulan suci ini. Bagi yang tidak, moga lebih menghargai pada masa yang akan datang.

Aku pula?

Ni pun lumrah juga. Kalau dah namanya seorang ibu dalam sesebuah keluarga, bila dah nak dekat raya ni, ha memang akulah paling sibuk. Mana nak jahit baju rayanya, buat kuih rayanya, hias rumah bagi gempak, gaduh dengan suami nak raya mana ceh.

Itu tahun sebelum-sebelum inilah. Tahun ni, aku tak berapa nak aktif sangat. Sekejap je, cepat penat. Sama macam masa mengandungkan Hanan dulu. Serupa betul.

Cumanya, bukanlah 24 jam penat. Bila datang rasa rajin tu dalam diri terus nak buat kerja rumah taknak berhenti. Naufal pula yang seriau tengok!

Hari ini 27 Ramadhan. Lagi tiga hari nak masuk 1 Syawal.

Ah, tak sabarnya!

Segala persiapan telah aku lakukan, cuma masih belum sempurna. Baju raya berpasang-pasang aku jahit sendiri untuk keluarga, setiap tahun memang begitu rutinnya. Entahlah, aku suka lakukan semua itu.

Bagi aku itu sebagai tanda aku menyayangi mereka. Lagipun, jimat apa daripada membazir beli kat tempat lain? Apa guna ada butik sendiri, pakailah baju raya design sendiri kan.

Lagi class gitu!

Hanan yang sedang nyenyak tidur di atas karpet menggeliat sedikit. Pantas aku menepuk-nepuk punggungnya supaya dia tidak terjaga. Bukan senang nak tengok Hanan tidur siang-siang buta ni! Padahal, sepatutnya waktu begini normal untuk seorang anak kecil tidur pada siang hari. Hanan?

Boleh dikira dengan jari berapa kali dia tidur siang. Ligat sangat, asyik nak main je! Aku pun layankan saja lah, dah sayang anak.

Bagi aku, lebih baik dia aktif begini daripada diam tidak memberi respon positif sewaktu tumbesaran sedang berlaku. Lagi seronok melihat Hanan bermain dengan riang berbanding senyap. Setidaknya, rumah besar ni tak adalah sunyi. Walaupun kadang-kadang perangai nakal Hanan boleh buatkan kadar darah tinggi semakin menaik.

Aduhai, permata hati!

Perut yang masih belum terlalu menonjol lagi aku usap perlahan. Tak sangka, ada benih yang Allah tumbuhkan dalam ni. Sudahlah bulan Ramadhan, terasa kandungan kali ini sangat dilimpahi rahmat dan berkat.

Aku gembira, yang paling gembira siapa lagi kalau bukan suami nan seorang tu.

Bibirku mengukir senyum. Memikirkan Naufal ni, kerenahnya lain macam sikit sekarang. Mungkin pembawakan budak, itu apa yang ibu katakan. Nasib baiklah hati ni dibekalkan dengan kesabaran yang cukup tinggi nak melayan. Agaknya sebab selama ni Naufal yang sering kali selalu bersabar melayan kerenahku, kini Allah uji sebaliknya.

Naufal dah macam hati tisu dah. Tak boleh usik sikit, mesti merajuk! Tapi yang merajuk tu lah yang comel!

Perangai Naufal akhir-akhir ni buat aku pulak yang makin galak usik dia. Entah, seronok rasanya tengok dia tarik muka manja-manja!

Selepas memastikan Hanan betul betul lena, aku melangkah ke dapur. Jam memang baru menunjukkan pukul 4 setengah, tapi kalau dah namanya suri rumah, takkan sempat kau nak buat juadah berbuka lewat-lewat. Ibu dulu pun kadang pukul 3 dah bersiap dekat dapur.

Naufal kata, dia teringin nak makan nasi hujan panas. Ni pun salah satu penyakit dia sekarang ni. Suka mengidam macam macam. Sewaktu mengandungkan Hanan, aku yang mengidam.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now