💮 39

27.8K 1K 58
                                    

Ara memeluk lengan Mama Lia dengan erat. Wajahnya sesekali menunduk, sesekali mendongak ke hadapan teragak-agak. Mama pula wajahnya selamba sahaja bagaikan tiada apa sedang berlaku walaupun tika itu Naufal sedang berdiri di hadapan mereka dengan tangan di dalam poket seluar kedua duanya memandang mereka seperti singa kelaparan.

Papa pula di sebelah Naufal, sesekali mengusap belakang badan Naufal barangkali menenangkan gunung berapi yang hendak meletus.

Naufal memejam mata sekejap, dengan kerutan di dahi. Nafas berat dihela olehnya kemudian kembali memandang mama dan Ara. Ya Tuhan, berkali kali dia cuba menyabarkan hati supaya tidak timbul sekelumit rasa benci terhadap dua wanita yang disayanginya ini.

"It's the third. Siapa yang patut Naufal salahkan kali ni? Dinding? Sinki? Lantai? Takpun air yang melimpah tu?" tanya Naufal sarkastik. Geram, marah di hati ditahan daripada bermaharajalela.

"Salah perempuan tulah, ngada-ngada sangat nak tolong kan ha padanlah muka. Cari penyakit!" hambur Mama tiba-tiba.

"Budak tu kat dalam sana entah elok ke tidak, awak masih sikap macam ni? Siapa ajar awak jadi macam ni? Setan mana yang rasuk awak ni?!" jerkah Papa.

Rasanya sudah terlalu lama sangat dia mendiamkan diri melihat sahaja apa yang berlaku. Kan orang dah kata, jangan usik naga yang sedang tidur kalau tak mahu disambar api.

Mama buat bolayan kemudian memandang ke arah lain.

Tengok lantai hospital ni lagi bagus!

Naufal mengalihkan pandangan ke arah Ara. Haih, kecik besar, kecik besar je manusia ni dia tengok!

"Ara," panggil Naufal. Ara teragak-agak hendak memandang ke arahnya.

"Ara, pandang aku!" suara Naufal tiba-tiba meninggi menarik beberapa mata memandang. Ara mendongak perlahan lahan, memandang gerun wajah Naufal yang membengis.

"Kau nak cerita sendiri atau aku paksa? Aku taknak tuduh membabi buta, sebelum sabar aku hilang lebih baik kau cerita," keras suara Naufal. Ara membuka mulut sedikit hendak berkata sesuatu namun terasa seperti suaranya tersekat-sekat di celah kerongkong.

"In count of three, Ara or else..." Naufal memberi amaran kemudian mula menghitung.

Nasib menyebelahi Ara, tiba-tiba pintu bilik yang merawat Hana terbuka. Terus doktor yang keluar dari bilik tersebut diterpa oleh Naufal tanpa menghiraukan Ara lagi. Papa juga turut bergegas sama.

"Doktor, macam mana isteri saya?" tanya Naufal kalut.

Doktor yang berkaca mata tersebut senyum kecil kepada Naufal.

"Alhamdulillah, awak patut bersyukur isteri awak dan kandungannya selamat. Mujur awak bawa dia ke hospital dengan cepat. Kandungan masih awal, tapi saya kagum dia kuat, tak jatuh walaupun dengan hentakan yang kuat," penjelasan doktor membuatkan Naufal menghela nafas lega.

Eh, sekejap?!

"Kandungan? Doktor maksudkan, baby? My baby?" tanya Naufal teruja membuatkan doktor tadi tergelak kecil.

"Iya, your baby. Encik tak tahu? Kandungan isteri encik dah mencecah sebulan," Naufal hampir melompat kegembiraan tanpa sedar Ara dan Mama di belakang menahan geram.

Hish kenapalah tak gugur je tadi?!

Ara terus melangkah pergi dari situ tanpa menghiraukan orang sekeliling. Panggilan mama juga dibiarkan. Yang pasti, hatinya sebal!

Kan niatnya hendak menghancurkan hubungan mereka, boleh pulak mengandung?!

Tak guna punya perempuan!

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now