💮 50

33.1K 1K 16
                                    

Petang itu, cuaca redup, seredup hati aku yang masih belum terubat lukanya, yang masih belum dapat menerima sepenuhnya kehilangan mereka.

Sudah dua hari berlalu, sejak khabar itu sampai ke pengetahuanku. Dan hari ini, seperti yang dijanjikan oleh Naufal, dia membawa aku pergi menziarahi kubur mereka memandangkan aku sudah diberi keizinan oleh doktor untuk keluar.

Walaupun luka di kepala dan beberapa bahagian badan lain masih belum pulih sepenuhnya, aku dibenarkan juga pulang kerana keadaanku sudah stabil dan kembali seperti biasa.

Acapkali aku menangis sendirian sebaik sahaja membuka mata daripada tidur bahkan sewaktu hendak tidur semula air mata ini tak pernah lelah untuk keluar. Dan Naufal pula tak pernah jemu memujuk aku supaya merelakan mereka pergi.

Aku tahu berat atau tidak, aku perlu melepaskan mereka pergi jua. Redha itu perlu, supaya aku dapat merelakan pemergian mereka.

Tapi aku juga manusia biasa. Hamba-Nya yang lemah. Mustahil aku dapat menerima semua ini dengan mudah, redha dengan cepat. Mustahil untuk aku lupakan sedangkan aku yang mengandungkan mereka walaupun sekejap cuma.

Aku memandang Naufal di sebelah yang sedang memandu. Dia diam, wajahnya beriak biasa sahaja dengan cermin mata hitam yang tersangkut di hidung.

Aku senyum kecil. Naufal, mana pernah tak segak walaupun gayanya hanya biasa dan santai sahaja.

Naufal yang perasan aku memandangnya, menoleh ke arah aku sekilas sebelum dia kembali memandang ke arah jalan.

"Kenapa, sayang?"

Aku menggeleng, tanda tiada apa-apa.

"Beritahu abang kalau ada apa apa yang sayang nak cakap. Jangan sembunyikan, hm?" suara lembut Naufal menyapa lagi telingaku.

"Abang tak sedih?"

"Tipu kalau abang tak sedih, sayang. Tapi kita ada pilihan. Kalau abang terus sedih dan layan perasaan sedih tu macam mana abang nak teruskan hidup? Macam mana abang nak jaga Hana kalau macam tu?"

Naufal meraih tanganku dan digenggamnya sebelah tangan.

"Sayang kena kuat, hm? Abang ada kalau sayang rasa lemah. Sayang redha, ya?"

"Macam mana kalau Hana tak dapat terima semua ni, abang?"

Naufal menoleh sedikit, memberi senyumannya kepadaku. Perlahan, kekura tanganku diusap olehnya.

"Tak apa. Tak ada orang yang boleh terima semua ni dengan mudah, sayang. Mungkin bukan sekarang, tapi In Shaa Allah nanti Hana akan betul-betul rela dan dapat terima,"

Aku hela nafas perlahan, mengangguk mengiyakan kata-kata Naufal.

Naufal memberhentikan kereta di tepi kawasan tanah perkuburan. Aku toleh sekeliling. Naufal di sebelah sudah bersedia dengan songkok di kepala.

"Sayang okay, kan?"

Naufal memalingkan badan sedikit, menghadap ke arah aku.

Aku memandangnya dengan senyuman, dan mengangguk kecil.

"Jangan menangis lagi, ya?"

Naufal mengucup dahiku sekejap. Dan jujur, aku berasa tenang sedikit dengan kasihnya. Bagaikan ciuman itu menyalurkan kekuatan padaku untuk menjadi kuat mungkin untuk sekejap cuma.

Naufal turun daripada kereta begitu juga dengan aku. Dia meraih tanganku dan dipimpinnya erat. Kemudian kami berdua melangkah masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan Islam itu.

Kalau diberi pilihan, aku mahu berhenti, tak mahu datang melihat mereka-- oh bukan.

Aku cuma dapat melihat batu nisan tanda mereka dikuburkan sahaja, bukan jasadnya.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now