💮 35

32.8K 1.3K 22
                                    

"Ehem!"

Terus menoleh aku dan Naufal serentak ke arah datangnya suara tersebut. Terkejut aku melihat susuk tubuh Mama yang sedang berdiri memandang ke arah kami. Kalau wajah Naufal yang seperti terkejut beruk, aku apatah lagi, bukan beruk je sekali seangkatan dengan beruk semua keluar!

Aku betulkan duduk di atas katil dengan keadaan kaki yang terlunjur ke bawah. Tangan juga aku turunkan daripada melingkari leher Naufal. Naufal pula masih berdiri tegak di sebelah ku sambil memaut bahuku dengan sebelah tangannya. Matanya masih memandang ke arah Mama yang dari tadi asyik memerhatikan kami.

Aku diam, tidak berkutik tak tahu nak beri reaksi apa setelah semua kejadian yang menimpa kami. Rasanya ini kali pertama aku berjumpa dengan Mama semula selepas keluar berpindah ke rumah Naufal.

Mama melangkah mendekati aku dan Naufal. Naufal menghulurkan tangan bersalam dengan Mama.

"Ada apa mama datang sini?" soal Naufal dingin.

"Mama datang pun salah ke? Tak boleh mama jejakkan kaki ke sini?" Mama langsung tidak menoleh ke arahku. Huluran salam dariku juga tadi tidak disambut. Naufal mengusap perlahan bahuku memberi kekuatan. Aku menahan rasa hati.

Jijik sangat ya aku ni sampai salam pun mama taknak sambut?

Sabar, Hana.

"Naufal jangan risau, mama pun bukan nak sangat datang ke sini. Mama cuma nak kita lupakan hal semalam. Takkanlah sebab tu je kita anak beranak nak gaduh? Sia-sia je rasanya,"

"Naufal tak rasa sia-sia bila Naufal pertahankan isteri Naufal sendiri berbanding orang luar. Patutnya Mama yang rasa sia-sia sebab percaya fitnah yang bukan-bukan," mama terdiam mendengar jawapan daripada Naufal.

Aku juga diam tidak berani menyelit perbualan mereka berdua. Dengan mama yang sememangnya sudah tidak menyukai aku, gila ke nak menyelit tak pasal kena jerkah .

"Naufal taknak gaduh lagi dengan mama. Please, ma. Dengan keadaan Hana macam ni lebih baik mama balik kita bincang dekat rumah je nanti," suara Naufal mula perlahan malas hendak membangkitkan perkara yang mendatangkan kemarahannya.

Mama memandang ke arahku. Dilihatnya aku dengan pandangan yang jelik.

"Mama pun taknak gaduh lagi dah. Okaylah, Mama minta maaf. Mama datang ni cuma nak suruh Naufal datang balik rumah Mama makan tengah hari dekat sana masa papa balik minggu depan. Kalau Mama mesej atau call, Mama tak rasa yang Naufal angkat atau reply. Sibuk sangat dengan dia ni ha,"

"Ma, please," tegur Naufal.

"Apa-apalah, Naufal. Mama malas nak kata apa dah. Cuma datang ya nanti. Lebih bagus kalau tak bawa dia ni," seusai itu, Mama terus berlalu pergi meninggalkan kami.

Aku diam.

'Lebih bagus kalau tak bawa dia ni'

Berulang kali aku sendiri mengulangi apa yang Mama katakan tadi. Macam tu sekali ke aku dibuang oleh Mama?

"Sayang?"

Naufal menarik kedua bahuku menghadap ke arahnya. Daguku turut ditarik supaya dia dapat melihat wajahku. Aku memandang ke arah Naufal. Sedaya upaya aku menarik senyuman kecil untuk diberikan kepada Naufal.

Naufal mengusap kedua belah pipiku.

"Jangan pendam, luahkan pada abang, abang berhak tahu. Hana ada abang untuk bersandar. Jangan simpan semua sendiri, hm?"

Suara Naufal yang lembut seakan memujuk hatiku. Segala rasa yang tersimpan seakan berkumpul kesemuanya di dalam hati meronta-ronta untuk dilepaskan.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now