💮 49

29.7K 1K 17
                                    

Tak.

Tak mungkin.

Aku tak percaya.

Semua ni tipu, dusta.

Ya, dusta.

"Hana tak percaya,"

Aku menggeleng gelengkan kepala tanda tak mahu percaya langsung, sedikit pun dengan apa yang baru sahaja aku dengari.

Aku pandang satu per satu wajah di hadapanku kini. Masing-masing menunduk, tak berani mengungkapkan kebenaran yang satu itu-- yang membuatkan aku semakin terluka.

Tak mungkin, tak mungkin.

"Hana..." Naufal memanggil, mendekati aku yang kini dipeluk erat oleh Ibu.

"Abang tipu, Ibu tipu, semua tipu. Anak Hana tak mungkin mati. Semua tipu Hana..." rintih aku kuat, tetap tak mahu percaya.

"Hana, jangan macam ni. Takdir Hana, qada' dan qadar Allah, Hana kena percaya, nak," pujukan Ibu sedikit pun tidak membantu malah semakin menambahkan lagi sebak di hati yang membuatkan tangisan aku semakin kuat.

"Hana tak percaya, Ibu. Semua tipu. Baru haritu baby minta nak makan masakan Ibu, baru haritu Hana belikan baju untuk baby... Ibu tipu... Hana tak percaya.."

Aku terpandangkan Papa.

Ya, Papa. Papa tak pernah menipu walaupun serinh berdiam diri. Aku pandang ke dalam matanya meminta jawapan.

"Papa, Papa tak akan tipu Hana kan? Anak Hana... anak Hana tak mati kan? Kan, Papa?"

Papa menunduk, tak mahu memandang wajahku.

"Papa, jawab Hana..."

Melihat Papa menggeleng tanpa suara, tangisanku pecah lagi dan semakin kuat.

Ya Tuhan, aku fikir mimpi sekadar mimpi.

Allah, mengapa?

Hiba, ya terlalu hiba.

Bagaimana mungkin, anak yang aku kandung penuh kasih kini sudah tiada lagi di dalam kandungan tanpa sempat aku lihat buat kali terakhir?

Bagaimana mungkin, mereka menyuruh aku supaya menerima takdir dengan senang sedangkan yang mengalaminya adalah aku sendiri?

Dan bagaimana mungkin, aku mampu untuk bertahan dengan kehilangan ini?

Allah, kenapa mereka yang tak berdosa perlu kau korbankan?

Aku menoleh sekeliling mencari Naufal.

"Abang..." panggil aku sayu, dan bertambah sayu apabila menyedari Naufal di situ berdiri melihat aku dengan wajahnya yang juga aku tahu sedang bertarung dengan kehancuran. Aku melepaskan pelukan Ibu kemudian memandang Naufal.

"Abang, anak kita tak mati lagi kan?" aku menyoalnya berharap dia akan berikan jawapan yang aku harapkan.

Naufal menggeleng perlahan, sebelum kemudian dia menarik aku ke dalam pelukannya, memelukku erat.

Saat itu, betapa hancurnya aku rasakan tatkala aku menyedari kini aku kehilangan lagi.

Untuk sekali lagi, kehilangan yang aku sering gagal untuk menerimanya dengan mudah. Mustahil aku mampu redha secepat itu, lebih lebih lagi apabila kehilangan anak yang tak sempat aku lihat bagaimana rupanya walaupun aku tahu masih belum sempurna kejadiannya.

"Ma-- macam mana... semua salah Hana, kalau Hana tak hati hati masa tu mesti anak Hana tak mati... Hana cuai, Hana tak jaga diri..." esakanku semakin menjadi jadi, sehingga mengeluarkan rintihan yang begitu sayu.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now