💮 20

39.4K 1.5K 11
                                    

"Naufal," aku cuit lengan Naufal yang sedang tidur di sebelah. Hari sudah malam dan kami masih belum sampai lagi.

Ke mana?

Aku tak tahulah aku nak excited ke nak gembira ke nak over ke sebab Naufal bawa aku pergi ke...

ISTANBUL!

Aku tak pernah terfikir pun untuk jejakkan kaki ke bumi Istanbul. Tak sangka pula Naufal akan bawa aku ke sini. Aku ingatkan dia akan bawa aku ke Pulau Sibu memandangkan itu hajat aku. Tapi tak mengapalah. Keluar dari Malaysia dah cukup best apa?

"Naufal..." panggil aku lagi. Tak tahulah kenapa mata aku susah sangat nak lelap sekarang ni padahal hari dah malam. Mungkin sebab aku sudah tidur tadi siang.

Aku cuit lagi lengan Naufal. Aku bosan. Aku ingin ajak Naufal berborak. Eh? Buang tebiat rasanya ni. Bukan aku tak suka dia ke? Ah lantaklah.

"Naufal..." panggil aku lagi. Naufal menggeliat sedikit.

"Kenapa?" tanyanya masih dalam keadaan mamai.

"Hm tak boleh tidurlah," adu aku perlahan. Betullah aku buang tebiat. Kenapa aku nak ngadu dekat dia pulak?

"Hm..." itu je yang dia balas?! Hish.

Aku menyilangkan tangan ke dada. Nak buat apa ni eh? Aku pandang sekeliling. Gelap. Semua penumpang tidur. Haih bosannya.

Tulah siapa suruh tidur siang tadi. Kan dah tak boleh tidur malam.

Aku pandang Naufal di sebelah. Aku tongkatkan dagu di pemegang kerusi dan menatap wajahnya. Yelah masa dia tidur ni, beranilah nak buat macam ni. Cuba kalau dia celik?

Aku sanggup pandang dinding!

I will make sure that one fine day, you will fall for me again.

Tiba-tiba kata kata Naufal di lapangan terbang tadi terngiang-ngiang di telinga. Aku mengeluh.

"Awak betul betul pastikan? Yang saya akan jatuh hati dekat awak semula? Macam manalah awak boleh yakin macam ni? Saya sendiri tak yakin dengan hati saya sendiri," aku mengeluh lagi. Aku bersandar semula di kerusi.

"Tapi kalau betullah terjadi... hm tapi tak mustahil kan? Aku pun selama ni tak suka orang lain lagi dah selain dia. Eh tapi mustahil juga kan kalau aku tutup je hati aku? Hish tapi mana boleh. Dia suami aku," aku berbisik sendiri.

"Kalau jatuh hati semula macam mana?" aku mengeluh.

Kemudian aku berpaling ingin melihat wajah Naufal lagi. Terkejut aku apabila melihat Naufal sudah terjaga dan dia sedang memandang ke arah aku sambil tersenyum.

Dia dengar ke apa aku cakap tadi?

Oh janganlah....

Naufal rasa nak tergelak melihat reaksi isterinya. Bukan dia sengaja tidak mahu membuka mata. Suara Hana yang bercakap sendiri tadi yang membantutkan hasratnya. Jadi dia hanya berdiam diri dahulu dan mendengar segala apa yang dicakapkan oleh Hana.

"B-bila awak bangun?" aku beranikan diri bertanya.

"Sejak awak kacau saya tadilah,"

What?! Mesti dia dengar apa aku cakap tadi! Weh malunyaaaaa!!

"Awak dengar ke apa saya cakap tadi?"

"Ada telinga, dengarlah," jawab Naufal selamba

Aduhaii rasa nak masuk dalam kerusi je nii Ya Allah malunyaaa!

"Hm saya nak tidur," aku selubungkan diri menggunakan selimut yang diberikan oleh pramugari sebentar tadi.

"Eh? Sayang kata tadi tak boleh tidur?" Naufal pandang aku sambil menahan senyum. Malulah tu

"Tadi. Sekarang ngantok dah," jawabku perlahan.

"Iya? Ke... sayang maluu?" tanya Naufal. Suaranya meleret semakin membuat aku bengang. Aku mendiamkan diri. Cuba ditahan hati yang ingin membalas kata katanya. Tapi kalau dibalas nanti, pasti aku yang kena balik. Naufal kan, his action really unpredictable!

"You know what, sayang?" Naufal menyandarkan badan di kerusi. Aku yang masih berselubung menunggu kata kata yang akan keluar dari mulutnya.

"If one day, you will fall in love with me again, abang akan pastikan sayang jadi manusia paling bahagia dekat dunia ni. Tapi nak tahu part apa paling seronok?" Naufal memalingkan badan menghadap isterinya semula. Aku pula? Jantung aku berdegup kencang.

Naufal tak habis habis buat aku rasa nak meletup!

Perlahan lahan Naufal menarik selimut yang menutupi wajahku. Aku pejamkan mata serapat rapatnya tidak mahu memandang Naufal. Naufal senyum melihat reaksi isterinya.

"The best part is...." terasa tangan kasar Naufal mengusap lembut pipiku.

"Abang tahu yang hati sayang tetap akan jadi milik abang semula. Cepat atau lambat. Tidurlah. Goodnight, lovely," aku tergamam mendengar kata kata Naufal.

Lama aku berdiam diri sebelum aku memberanikan diri membuka mata. Naufal sudah pun memejamkan mata dan bersandar di kerusi seperti tadi.

Aku pegang dada yang dari tadi tak henti berdebar. Fuh gila ni. Rasa ni lebih hebat daripada dulu. Allahu.

Naufal betul betul sayang aku ke?

He really love me that much ke?

Aku menghela nafas perlahan. Cuba meredakan debar di dada. Aku toleh sekejap Naufal di sebelah.

Hm tidur pun kacak. Eh?

Aku dah jatuh semula pada dia ke? Tapi... takkan secepat ni? Tak mungkin. Mana kemarahan aku selama ni? Mustahil lenyap macam tu je.

Naufal...

Awak betul betul kotakan kata kata awak kan? Awak... betul betul nak buat saya jatuh hati pada awak semula kan?

Tapi saya sendiri tak pasti dengan hati sendiri. Mampukah saya sayang awak semula lepas apa yang awak dah buat? Semua tu, semua rasa tu, masih berbekas dalam hati saya. Mustahil saya boleh maafkan awak secepat ni...

"Let it go, Hana. Let's create new memories with me," serentak itu terasa tubuhku dipeluk dari tepi. Naufal melabuhkan kepala di bahuku. Pelik, aku tidak menolak.

Akhirnya aku hanya membiarkan dan kemudian perlahan mataku terpejam dan tertidur.

Sayang, selagi Allah izinkan, abang akan buat Hana bahagia. Beri bahagia yang sepatutnya Hana dapatkan daripada abang sejak dulu lagi. Selagi nyawa abang masih ada, selama itulah cuma sayang yang menjadi suri hati abang. Cuma sayang, Nur Hana Imani.

Perlahan, Naufal berdoa dalam hati. Moga bahagianya bersama Hana. Moga masjid mereka hingga ke Jannah.

Amiinn.







    

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now