💮 37

30K 1.3K 31
                                    

Alhamdulillah, kini aku sudah boleh kembali berjalan seperti biasa. Luka di kaki semakin pulih.

Dan dengan itu, aku juga dapat kembali melaksanakan tugas sebagai seorang isteri seperti sediakala. Mana taknya, keluar sahaja daripada hospital haritu, segalanya dilakukan oleh Naufal.

Ceh, tak adalah semuanya.

Masak untuk makan malam je. Rumah tak bersepah, tak ada apa yang perlu dikemaskan olehnya. Siang pula aku bukan ada di rumah, Naufal menghantar ke rumah Ibu. Terkejut Ibu melihat keadaan aku seperti itu.

Nasib baik jantung tuanya tak tercabut keluar, abang juga begitu. Macam biasa, memang teruk Naufal kena ceramah dengan abang. Naufal patut berterima kasih dekat aku kut sebab selamatkan dia daripada Haikal yang macam tak nak berhenti bebel je masa tu.

Naufal apa lagi, memang masam muka sehari dengan Haikal, merajuk kononnya.

Eeww terlintas dekat fikiran aku diorang berdua ni gay part time ke apa nak merajuk merajuk? Geli mak tengok!

Tapi bagus jugak sakit macam tu, aku rasa macam jadi permaisuri. Nak apa-apa tinggal panggil je, semua pasti tersedia. Seronok jugak.

Tapi kesian Naufal, penat seharian di pejabat pulang sahaja ke rumah perlu masak untuk makan malam kami di rumah. Memang dia tidak merungut malah boleh menyanyi dengan riang gembiranya masa masak dekat dapur.

Tapi aku tahu dia penat, mana taknya bila dah tidur tu macam tidur mati je taknak bangun bila aku kejut waktu pagi. Nasib baik luka ni baik cepat, kalau tak confirm malam ni Naufal giveup, dail nombor kedai makan mana-mana delivery je simple!

Aku masih berada di hadapan cermin melilit selendang. Naufal yang baru menyarungkan kemeja biru lautnya di badan aku kerling di dalam pantulan cermin.

Kejap, jangan tunjuk badan sado tu pagi-pagi boleh tak?

Sengaja, aku pilih selendang biru laut juga dipadankan dengan jubah kelabu bercorak bunga-bungaan di bahagian bawah.

Ceh kau tak tahu ke aku kan suka acah sweet~

"Sayanggg..." tiba-tiba Naufal memanggil. Aku pandang dirinya di dalam cermin yang juga turut memandangku sambil membutangkan baju.

"Iyaa, kenapa?" aku palingkan badan menghadap ke arahnya selepas siap mendandan diri.

"Tie abang mana?"

"Adalah tadi, kan Hana dah letak dekat atas meja sebelah almari tadi. Tak ada ke?"

"Mana? Sayang carikanlah," hailah suami, tabiat satu dia ni memang malas cari tali leher sendiri macam manalah selama ni siapkan diri sendiri?

Aku bangun dari duduk menuju ke meja sebelah almari dan ambil tali leher kelabu kemudian aku hulurkan pada Naufal.

"Pakaikanlah, yang," Naufal senyum. Aku dah agak dah, dia memang ada agenda tersendiri, sengaja suruh aku ambilkan tali leher dia.

Aku jengketkan kaki sedikit memasukkan tali leher ke lehernya.

"Ha tangan merayap!" kataku apabila merasakan tangan Naufal sudah pun melingkari pinggangku.

"Mana ada merayap, ada je kat sini ha," Naufal menarik aku mendekatinya sehingga kedua badan kami rapat.

Sabar jantung, jangan dup dap laju sangat!

"Hish abang ni, susahlah nak pakaikan tie ni," aku beralasan walhal sebenarnya ingin melepaskan diri.

"Iya ke? Elok je tu abang tengok?" aku menjeling Naufal sekejap kemudian terus memakaikannya tali leher sehingga selesai. Sedaya upaya aku menahan debar apabila Naufal sesekali mengelus belakang badanku.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now