💮 32

34.9K 1.1K 16
                                    

Dua minggu sudah berlalu.

Kini aku tinggal bersama Naufal di rumahnya sendiri yang terletak di kawasan perumahan golongan elit.

Yelah, CEO kut ingat nak ke duduk rumah biasa biasa ni? Ergh, konon jaga class katanya! Bila dibetah, ada saja jawapannya-

"Alah, sayang duduk rumah kecil kecil tak bestlah. Kalau besar kan seronok boleh main lari-lari,"

"Ha yelah main lari-lari dengan anak lipas sana,"

"Taknaklah. Buat apa main lari-lari dengan anak lipas kalau sayang ada?"

"Tak kuasa Hana nak lari-lari dengan abang!"

"Memanglah Hana tak kuasa nak lari-lari. Kan Hana memang dah duduk diam-diam je dalam hati abang kan sebab tu taknak main lari-lari," ha amek kau terkedu terdiam seribu bahasa tak mampuku bersuara.

Nak taknak, aku hanya turutkan saja, arahan suami mana boleh ingkar. Lagipun kediaman yang Naufal berikan bukannya terlalu besar. Malah selesa dan dilengkapi semua keperluan yang aku mahu. Nasib baik juga suasana sekeliling tak pernah sunyi.

Setiap petang, pasti kedengaran suara kanak-kanak sedang bermain basikal di luar rumah ataupun bermain dengan penny. Aku tidaklah terlalu bosan apabila duduk rumah sewaktu tidak bekerja atau pulang awal dari butik. Naufal pula selalu pulang ke rumah selewat lewatnya jam 6 petang.

Kalau lewat sampai malam sekalipun, itu hanya apabila ada mesyuarat dan kerja yang bertimbun perlu diuruskan. Kadang kasihan juga pada dia, selalu berkejar untuk pulang awal semata-mata hendak menemuiku.

Katanya rindu. Alahai cik suami, bukannya aku lari ke mana pun!

Aku lihat jam dinding yang tergantung elok di dinding ruang tamu berwarna biru muda. Jarum jam menunjukkan pukul 4 petang. Segera aku berjalan ke arah dapur.

Masih berbaki sejam lebih sebelum Naufal pulang ke rumah. Dia tu perut serupa dinasour kalau lapar, tak boleh tahan mesti kena ada on time!

Kalau tak, lain yang dia 'makan' nanti!

Aku buka peti ais yang sebesar tiga kali ganda lebarnya daripada aku. Aku perhati bahagian tersimpannya sayur sayuran. Nampak sahaja sayur kailan kesukaan Naufal aku capai serta ikan masin yang masih berbaki separuh di dalam paket.

Kemudian bahagian peti sejuk beku aku buka pula. Ikan bawal aku keluarkan dan rendam untuk mencairkannya. Nasib baik sudah disiang awal-awal, tak adalah ambil masa lama untuk masak nanti. Aku keluarkan juga bahan-bahan lain yang diperlukan dalam masakanku. Dipotong dan dicincang apa yang perlu.

Menu hari ini, ikan bawal masak asam manis, kailan ikan masin dan telur bungkus. Buah tembikai juga tak lupa. Wajib untuk seorang Naufal makan buah dahulu sebelum menjamah nasi. Baik, ikut saja kata suami.

Berkat.

Sedang aku sibuk menyiapkan segala bahan untuk dimasak, kedengaran bunyi loceng rumah ditekan berkali kali. Aku mengerutkan dahi dan berpaling melihat ke arah ruang tamu bagaikan aku boleh lihat tembus ke arah pintu.

Pelik. Naufal dah balik ke? Awalnya.

Segera aku capai tudung yang sememangnya aku sangkut di tepi pintu sebagai persediaan sekiranya ada orang datang ke rumah. Aku buka pintu rumah.

Terkedu aku apabila melihat susuk tubuh Ara yang tinggi lampai berdiri di luar memandang bengis ke arah aku. Nak kata takut, tak.

Apa hal minah ni datang rumah petang petang macam ni?

Terpaksa, aku lemparkan juga sebuah senyuman buatnya. Sadis bila dibalas dengan renungan mautnya.

"Tak payah senyum sangat, okay. Naufal tak ada kan?"

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now