💮 6

45K 1.9K 56
                                    

Aku duduk kaku di hadapan cermin. Baju nikah yang terhampar di atas katil aku lihat melalui pantulan di dalam cermin. Aku hanya memilih untuk memakai jubah berwarna putih susu yang disulami bunga-bungaan kecil berwarna ungu di bahagian bawah dan lengan. Aku yang menjahitnya sendiri.

Hari ini harinya.

Hari pernikahan aku dengan si dia.

Si dia yang tidak diketahui identitinya.

Debaran di dada semakin terasa. Aku rasa seperti jantungku hendak melompat keluar.

Gemuruh sangat ni!

Beberapa jam sahaja lagi majlis akad nikah akan berlangsung. Akad nikah hanya dilakukan di rumahku. Ini juga merupakan salah satu permintaanku.

Aku menunggu make-up artist (MUA) yang ditempah oleh Datin Lia datang untuk menyolekkan aku. Bukannya aku tak boleh bersolek sendiri, tapi ini aturan Datin Lia dan aku hanya menurutkan sahaja permintaannya.

Kedengaran pintu diketuk. Aku menyahut dan mengizinkannya masuk. Tersembul wajah MUA kegemaran Datin Lia di pintu.

Aku hanya tersenyum. Kemudian dia manuju ke arahku dan membuka segala alatan makeup miliknya. Aku duduk di hadapan cermin.

Kaku.

"Uit, nervous ke?"

MUA yang dikenali sebagai Sally itu mencuit bahuku.

"Nervouslah. Gila tak nervous"

Aku tarik nafas dalam-dalam. Aduhai, rasa macam tak teratur dah nafas aku ni.

Aku goyang-goyangkan kaki. Tangan pula aku ramas ramas.

"Aduhh!"

Aku mengaduh apabila Sally menepuk belakangku.

"Engko ni duduklah diam-diam sikit. Macam mana aku nak touchup kan hish," Sally memegang bahu aku bagi menghentikan semua pergerakan aku.

"Hm orang nervouslah," rungut aku perlahan sambil mencebik. Rasa nak nangis pula!

"Yelah, semua orang nervous bila nak kahwin. Nervous nak jadi bini orang. Chill sudahlah,"

Sally mula menepekkan foundation ke atas mukaku. Aku hanya berdiam diri.

Sejam kemudian, barulah aku boleh menarik nafas lega apabila Sally sudah selesai memakaikan aku alat solek. Aku memandang kaku wajah sendiri di cermin.

Seriously lah ni aku? God, lainnya!

"Hey, Sally, seriously ni muka aku?" aku bertanya tanpa memandang ke arah Sally.

"Yelah, muka kau takkan muka aunty sebelah rumah nun,"

Aku mencebik.

"Ha, Sally cepat nah amekkan gambar cepat-cepat!" aku menghulurkan phone kepadanya.

"Ha, cepat, 1, 2, 3, cheeseeeeee!"

Aku membuat gaya peace menggunakan kedua belah tangan di tepi pipi dan senyum. Macam-macam gaya aku buat sehinggalah...

"Ya Allah, anak dara ni kenapa tak pakai baju lagi! Lagi sejam nak nikah dah ni!" suara kalut Ibu mengejutkan kami berdua.

Aku apa lagi dengan kelam kabut mencapai baju di atas katil dan berlari masuk ke dalam bilik air.

"Kau buat apa tadi tu?" tanya Puan Faridah kepada Sally.

"Hana tu hah suruh kita amekkan gambar dia. Ni hah, lawa kan dia?"

Sally mengunjukkan phone milikku kepada Puan Faridah.

Puan Faridah terpaku melihat anak sendiri. Subhanallah! Sungguh cantik anakku, desis hatinya

"Eh, cepat hantar dekat aku. Hantar dekat whatsapp,"

Puan Faridah menolak-nolak lengan Sally supaya cepat menghantar gambar-gambar tersebut. Takut Hana mengetahui perbuatannya.

"Hish, sabarlah. Tengah hantarlah,"

"Haa dah hantar tu delete conversation tu. Jangan sampai Hana tahu. Aku keluar dulu. Siapkan Hana cepat-cepat tau," pesan Puan Faridah sebelum tergesa-gesa keluar.

Banyak lagi urusan yang hendak dilakukan di bawah. Sally hanya memandang pelik.

Hantar gambar pun nak berahsia ke?

Merungut pun dibuat juga apa yang disuruh oleh Puan Faridah.

• 🌼🌼🌼 •


SUASANA di bawah riuh-rendah. Para tetamu yang hadir juga semakin ramai. Yang kosong kini hanyalah tempat duduk pengantin perempuan.

Pengantin lelaki pula sudah lama mengambil tempat di hadapan tok kadi. Tinggal beberapa minit sahaja lagi majlis akad nikah hendak dilangsungkan.

Tiba-tiba suara yang riuh-rendah menjadi senyap. Bukan senyap betul-betul, cuma suara bisikan yang kedengaran.

Semua mata kini tertumpu pada aku yang  sedang menuruni tangga diiringi oleh ibu dan bakal mertuaku. Degupan jantungku semakin laju. Aku hanya mengukir senyuman sepanjang perjalanan menuju ke tempat duduk yang disediakan untukku.

Mataku meliar mencari susuk tubuh bakal suamiku. Aku lihat dia di hadapan tok kadi bersebelahan abangku dan ayahnya.

Abah?

Abah sudah meninggal 4 tahun lepas. Kesian abah tak sempat nak tengok anak comel abah ni kahwin.

Aku lihat dia tidak menoleh ke arahku. Pandangannya hanya dihalakan kepada tok kadi.

Selalunya bila aku tengok walimatul urus orang lain, pengantin lelaki mesti toleh nak tengok pengantin perempuan yelah nak pastikan pengantin tak tertukar.

Tapi dia ni tak pun?

Haih.. betul-betul taknak aku tahu siapa dia ni sebenarnya agaknya.

Aku seperti mengenal bentuk tubuh badan belakangnya tapi...

Saat aku sudah melabuhkan duduk di atas kusyen khas untukku, tok kadi memulakan bicara. Aku hanya menunduk. Bermacam selawat aku baca di dalam hati bagi meredakan gelisah di hati.

Sungguh aku berdebar.

"Semua dah sedia?" anggukan diberikan sebagai jawapan.

"Naufal Uzzam bin Abdul Halim," tangan dijabat dan saat itu juga kepalaku terangkat.

Bagaikan dunia terhenti...

Naufal... Naufal Uzzam?!!

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now