💮 26

32.7K 1.2K 9
                                    

Aku terjaga daripada tidur. Aku pandang sekeliling namun suasana bilik yang gelap menyukarkan aku untuk melihat keadaan.

"Dah malam ke? Lamanya aku tidur," bicaraku sendiri.

Lantas, tanganku meraba menekan suis lampu tidur di sebelah. Cahayanya yang sedikit menyumbang untuk aku melihat sekitar bilik. Kepala yang sebelum ini terasa berat seolah olah dihempap batu kembali ringan seperti sediakala. Sakit di perut juga berkurangan sedikit tapi masih terasa sakitnya mencucuk. Aku pandang jam di tangan.

Jam menunjukkan pukul 7.40 malam.  Alahai, nasib baik bendera merah naik takdelah risau sebab terlepas waktu asar.

Mataku melilau. Kelibat Naufal aku cari.

Ke manakah lelaki itu? Sunyi je.

Selalu suara dia yang suka memekak. Aku pandang ke arah balkoni kalau kalau dia ada di situ. Tapi tidak, pintu balkoni tertutup rapat bersama langsir yang menutupinya. Ruang televisyen juga tiada susuk tubuh Naufal. Nak kata mandi, tiada langsung bunyi air kedengaran.

Sedapkan hati, aku menganggap Naufal keluar kerana penat menunggu aku yang lama tertidur sebelum mataku tertancap ke arah satu keping nota kecil di meja sebelah tempat tidur Naufal. Aku panjangkan tangan mengambil nota tersebut.

Sambil membaca, aku melangkah turun daripada katil menuju ke suis lampu untuk membukanya bagi menerangi bilik. Uish lama-lama bergelap, tak goyang ke beb?

Abang pergi beli makanan, will be back soon in shaa allah <3

Aku meletakkan semula nota tersebut di atas meja. Kemudian dicapai tuala mandi dan menuju ke bilik air.

Ibu selalu pesan, bila keadaan diri tengah 'kotor' tak elok mandi lewat maghrib, takut ada yang mengintai dari jendela tapi ni kes tak sengaja, moga dijauhkanlah walhal aku tak percaya sepenuhnya kata kata ibu. Ada juga ibu takutkan dengan mitos penanggal hisap darah kotor wanita yang sedang haid. Bukan nak kata takut, tapi keberanian di dalam jiwa yang paling dalam ni goyah lah sikit walaupun arwah ayah sering pesan dari kecil, hantu tak wujud itu cumalah jin dan syaitan yang menyesatkan supaya ketakutan kita pada mereka lebih tinggi berbanding dariNya.

Allahu, moga tak goyah pegangan terhadap-Mu, In Shaa Allah.

Selesai mandi, aku mengenakan dress longgar bercorak bunga-bungaan kecil tidak berlengan dan dipadankan bersama dengan cardigan labuh berwarna pink pastel. Malas hendak berhias lebih lebih, aku memakai shawl gaya Hanis Zalikha simple and comfortable.

Phone di dalam beg tangan aku ambil bersama dengan purse berwarna hitam pemberian Haikal. Entah apa angin dia, tiba tiba dengan baik hatinya menghadiahkan aku purse baru tanpa apa apa sebab. Bila ditanya, jawapannya adalah-

"Saja je, kan abang sayang adik," ergh gelinya saya mendengar!

Aku dail nombor telefon Naufal. Niat di hati ingin pergi kepadanya, alang-alang sudah sihat baik pergi makan di luar sahaja.

Sekali, tak angkat.

Dua kali, juga tak angkat.

Kali ketiga, masuk voicemail terus.

Aku mengerutkan dahi.

Haih ni dah kenapa mamat sorang ni? Dalam diam, hati terbit rasa gusar. Memikirkan kemungkinan Naufal ditimpa apa apa kecelakaan.

Ya Allah, moga dijauhkan hendaknya.

Cepat-cepat aku keluar dari bilik. Lif di tekan turun ke lobi. Fikirku, mungkin Naufal berada dekat dekat dengan kawasan sekitar hotel ini. Sempat juga aku menghantar mesej kepada Naufal bertanyakan keberadaannya dan diriku yang sedang mencari dia. Walapun tidak sampai kerana telefonnya ditutup, sekurang-kurangnya aku memberitahunya bukan?

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now