💮 58

30K 976 47
                                    

Naufal bergegas turun setelah selesai berkata sesuatu dengan seseorang melalui panggilan telefon. Sengaja, turun lambat biarkan Hana sejuk hati dulu.

Jam di tangan dikerling sekejap.

Ah, masih awal lagi kut.

Jejak sahaja tangga terakhir, Naufal sengih sendiri saat mendengar bunyi pinggan mangkuk berlaga di dapur.

Alahai, sayang betul-betul protes tu!

Perempuan memang macam ni kut, protes je laga pinggan mangkuk. Yang peliknya, tak pernah pecah pulak tu!

Naufal bergegas pergi ke dapur. Dapat dilihat isterinya sedang mengelap pinggan yang sudah dibasuh kemudian menyusunnya kembali di dalam kabinet. Muka jangan cakaplah, masam nauzubillah!

Mulut memang senyap, ingat orang tak tahu ke dalam hati tu dah macam bullet train membebel!

Naufal tarik senyum, menggeleng perlahan. Kemudian dia mendekatiku dan berdiri di belakangku. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja kabinet mengepungku.

Aku hiraukan kehadirannya, meneruskan tugasku mengelap pinggan.

Malas nak berlengah, kejap lagi nak pergi butik takut lambat pula.

"Nur Hana Imani,"

Ah, sudah! Ni dah kenapa panggil nama penuh ni?

"Are you a fire? Because you look so hot in my eyes," Naufal berkata perlahan betul betul di telingaku.

Ya Allah sempat dia buat pickupline pagi pagi ni?

Aku berpaling, tanganku silang ke dada dan memandangnya tajam.

"Ingat orang cair?"

"Oh tak cair eh?" tanya Naufal dengan wajah yang bersahaja, sengaja ingin mengusik.

"Tepilah, nanti lambat nak pergi kerja,"

Aku menolak tangannya ke tepi kemudian melangkah ke meja makan untuk menghidangkan sarapan untuknya.

Marah marah aku pun, tak akanlah sampai taknak bagi dia makan!

Naufal menuruti langkahku juga. Kemudian kerusi ditarik dan dia duduk di situ. Sebelah tangannya ditongkatkan di pipi mendongak melihatku yang sedang mencedokkan mi goreng untuknya.

Ya Allah, rasa nak tutup pakai kain je mata tu pandang orang dengan senyum macam tu haih!

"Abang ni kenapa?" soalku, tak tahan lagi dipandang seperti itu berterusan.

"Bukan ke abang yang patut tanya, sayang ni kenapa?"

Aku diam.

Masalah aku, aku cuma nak jumpa Ara sekejap. Ada benda aku nak cakap, tu je.

Lagipun, bukannya Ara mampu buat apa apa lagi pada aku nanti. Tak mungkinlah dengan pengawasan yang ketat dekat sana tu nanti mustahil dia akan bertindak di luar kawalan!

"Tengok? Bila abang tanya, diam. Tak boleh ke kalau sayang luahkan je apa yang tak puas hati? Tarik muka macam ni tak dapat apa pun, abang cium kang nanti," aku menjeling Naufal.

Sikit-sikit cium. Gatal!

Naufal sengih melihat wajahku yang menjelingnya tajam. Memang tak makan saman langsung dia ni!

"Hana nak jumpa Ara, tak boleh ke?" terus terang aku bertanya

Haih tak boleh jadi ni, ada yang gaduh jugak nanti ni.

"Hana, abang bukan tak bagi tapi..."

"Kenapa? Hana cuma nak melawat dia. Abang kejam sangat kenapa ni?"

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now