💮 11

45.2K 1.8K 85
                                    

Semua mata memandang ke arah Naufal. Keputusan secara tiba-tiba itu mengejutkan semua yang berada di meja makan.

"Awalnya Naufal nak balik sana?" soal Mama.

"Mana ada awal, ma. Mungkin lusa atau thulat ni kut baru balik sana," kata Naufal.

Ibu mengangguk-angguk. Haikal pula sepertinya lebih berminat dengan mi goreng daripada topik yang dibualkan.

Baguslah. Kalau keluar suara dia mesti aku yang kena habis-habisan.

"Kenapa awak tak bincang dengan saya dulu?" bisik aku kepada Naufal.

"Semalam abang nak bagitahu awak dah tidur. Abang malas nak kacau," again, Abang? ergh

"Tapi..."

"Nak main whisper challenge masuk biliklah sana boleh sambung challenge lain sekali," aku toleh ke arah Haikal. See?

"Apa abang ni?! Kak Dian, tengoklah abang tu eeiii," ngadu aku pada Kak Dian namun Kak Dian hanya gelak melihat telatah suaminya. Sudah biasa dengan perangai Haikal yang suka loyar buruk.

"Eleh mengadanya. Habislah Naufal nak kena jaga Hana lepasni. Mengada dia kalah anak aku ni hah," kata Haikal sambil tergelak dan disambut oleh mereka yang lain.

"Tak apalah, dia mengada lagi aku suka," amboi join sekaki nampak?

Aku merengus dan menyambung makan.

"Oh ya, Naufal nak cuti sampai bila ni? Syarikat jangan ditinggal lama-lama tau," Papa tiba-tiba menyampuk sebelum ditepuk lengannya oleh Mama.

"Apalah abang ni. Budak tu tak sampai 24 jam kahwin dah ditanya pasal syarikat. Tak bankrupt lah bang kalau takde si Naufal ni," Mama menegur.

"Lepas seminggu nanti, Naufal masuk lah office semula," Naufal senyum sambil memandang ke arah aku. Aku menjelingnya.

Apa pandang-pandang?!

"Eh Fal, kau tak nak pergi honeymoon ke?" soalan Haikal buatkan aku tersedak.

Kalut aku mencari air. Naufal menghulurkan gelas berisi air dan mengusap belakangku. Merah muka akibat tersedak tadi.

"Hana okay?" aku hanya mengangguk. Eeii abang ni memang mintak kaki lah!

"Uish baru tanya pasal honeymoon belum pasal anak lagi. Kalau tanya pasal anak gamaknya terkeluar anak tekak," Haikal gelak. Eeii aku rasa nak nangis sekarang ni.

Apa masalah abang ni!!!

Aku tengok Naufal pun ikut sama tersengih. Bencinya, Ya Tuhannn

"Haikal... Tak habis habis disakat si Hana tu. Tak elok tahu tak," Ibu menegur sambil mencubit lengan Haikal. Aku senyum tanda kemenangan.

Tapi siapa sangka kemenangan takkan kekal lama apabila...

"Tapi bagus jugak kalau Naufal bawa Hana pergi honeymoon. Sebelum kahwin haritu, Hana ada cakap yang dia nak honeymoon dekat Pulau Sibu. Teringin nak pergi katanya," oh Ibu spoil lah!

"Oh ya?" Naufal memandang ke arah aku dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Nanti Naufal bawa Hana pergi sana," oh god haih

"Baguslah. Cepat sikit aku dapat anak buah," usik Haikal lagi sekali.

"Abanggg!" fuh rasa nak baling Haikal dengan kerusi je sekarang ni!

• 🌼🌼🌼 •

"BASUH pinggan jangan sampai bergusti ya," tegur Haikal yang datang entah dari mana sewaktu aku sedang membasuh pinggan di sinki bersama... Naufal huh. Penyibuk betul dia ingat sweet ke ikut menyemak kat sini.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now