💮 51

30.3K 1K 9
                                    

"Nah ni, makan,"

Aku angkat muka memandang Ibu yang baru sahaja meletakkan pinggan berisi nasi dan beberapa lauk yang sedikit pun aku tak gemari. Yang pasti, kata Ibu lauk khas untuk orang berpantang supaya aku tidak sakit kemudian hari.

Sudah seminggu lebih begini, buatkan aku rindu hendak makan seperti biasa.

Ergh, kalau kau faham apa aku rasa bosannya makan makanan orang berpantang ni.

Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh, belum lagi dicampur dengan jamu entah apa-apa yang Ibu berikan untuk aku minum. Segala jenis ubat yang sangat aku benci rasanya, dipaksa telan saban hari.

Macam ni ke susahnya berpantang?

"Kenapa pandang Ibu macam tu?"

Ibu bersuara lagi tatkala menyedari bahawa aku masih memandangnya dari tadi.

Aku juihkan bibir, tanda tak mahu makan nasi tadi.

"Ah, tak ada. Hana kena makan makanan macam ni. Mana boleh makan makanan lain. Kalau nak jugak, tunggu nanti dah habis pantang. Haa masa tu makanlah apa yang Hana nak makan. Suruh je Naufal tu belikan," bebel Ibu sebelum dia turut sama mengambil tempat duduk di hadapanku.

"Hana taknak, tak sedap," ngadu aku perlahan. Lantas, aku hanya mengambil minuman yang Ibu sediakan lalu aku minum sedikit.

Okay yang ni aku boleh terima walaupun tawar.

"Mana boleh tak makan. Dahlah sarapan makan sikit. Ingat Ibu tak tahu ke? Kang nanti perut masuk angin, siapa susah? Yang kat rumah ni jugak yang susah. Tak baik susahkan orang, Hana,"

Sentap, aku bangun. Kalau menyusahkan tak payahlah ambil berat.

"Tak apalah, Hana sakit, Hana tanggung sendiri,"

Dengan langkah yang masih perlahan, aku naik tangga untuk masuk ke dalam bilik.

"Hana.. Ibu tak maksudkan macam tu pun," Ibu turut bangun, berjalan mengejarku dari belakang.

Panggilannya berkali-kali aku hiraukan. Aku teruskan langkah. Ibu berhenti di tangga dan memerhatikan aku naik sehingga hilang daripada pandanganya.

"Hm merajuklah tu. Sensitif je sekarang, haih," keluh Ibu namun masih aku dapat dengari saat aku menaiki tangga.

Ya, aku akui aku sensitif sejak kebelakangan ini. Ditambahkan lagi dengan emosi yang kadang tak mahu bekerjasama dengan akal sendiri.

Bukan aku mahu jadi begini, tapi dengan apa yang telah terjadi buatkan aku tak mahu dipinggirkan. Aku mahu perhatian semua orang, lebih-lebih lagi Naufal.

Tapi dia sendiri pun hanya mengambil cuti sehari dua sahaja untuk menjagaku kemudian kembali masuk ke pejabat semula. Kadang, pulang lewat malam kerana mesyuarat atau pun berjumpa dengan klien.

Dan aku,

rasa terabai sangat sangat.

Aku labuhkan punggung di atas kerusi malas di balkoni tingkat atas. Niat hendak masuk ke dalam bilik aku batalkan, apabila cuaca redup di luar lebih menarik perhatian aku untuk ke situ.

Aku hela nafas perlahan, memandang pemandangan di luar. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menenangkanku sedikit. Terlupa aku seketika dengan rasa yang bergejolak di hati.

Teringat pada mereka, kembar yang tak sempat hidup di dunia. Aku senyum kecil, pahit rasanya membayangkan semua itu.

Tak apa, bukankah aku dah redha?

Aku pejam mata seketika sebelum kemudian suara yang amat aku kenali menyapa gegendang telingaku.

"Sayang," Naufal mendekati aku kemudian duduk di sebelahku, rapat sehingga peha kami bersentuhan.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now