💮 SPECIAL CHAPTER III

28.6K 1K 53
                                    

Naufal duduk termenung di kerusi pejabat. Niatnya hendak menyambung semula kerja semalam terganggu apabila peristiwa kelmarin sering menerjah ingatannya. Sesekali dia mengeluh.

Macam manalah dia boleh tergamak marah kan Hana? Paling teruk, dia menengking isterinya sendiri.

Ha yang ni paling tak boleh blah, kenapa dia boleh hilang sabar dengan Hanan? Padahal Hanan baru sentuh laptop dia je pun!

Naufal mengeluh lagi.

Badan disandarkan di kerusi. Mata dipejamkan. Ligat otaknya memikirkan punca dia marah marah sebegitu. Sudahnya yang mereka dapat hanyalah salah faham. Hana melayannya dingin, Hanan tak mahu mendekatinya.

Ah, sudah!

Macam dah tak ada life dah bila jadi macam ni! Dua hari dah kut!

"Jadi betullah kan? Abang ada perempuan lain?" suara Hana bergema di telinga.

Ini parah, sumpah parah.

"Mana pernah aku ada perempuan lain!" Naufal berkata sendiri.

"Gila ke? Kalau perempuan tu cantik macam Hana, lainlah cerita!" katanya lagi sambil mengetuk meja dengan jari. Sebelah tangan ditongkat ke dagu.

"Eh tapi takkan. Hana seorang je yang ada dalam hati aku. Hish perempuan ni overthinking betul!" rungut Naufal.

Eh dah serupa orang gila pulak cakap sorang sorang!

Bingkai gambar Hana dan Hanan dicapai. Bibirnya mengukir senyuman melihat potret Hana yang sedang tersenyum di dalam gambar tersebut. Gambar itu diambil sewaktu Hanan baru berumur setahun.

Hari jadi pertama Hanan Uzzam. Hana nampak sangat gembira ketika itu.

Terserlah sangat, asyik senyum, gelak satu hari. Kehadiran Hanan memang betul betul buatkan hidup Hana serba-serbi lengkap. Bukan Hana je, bahkan Naufal sendiri sudah merasa sempurna. Ada Hana dan Hanan rasanya dah cukup untuk dia di dalam hidup.

Ketukan di pintu mengejutkan Naufal daripada lamunan.

"Masuk," arahnya seketika kemudian.

Pintu ditolak dan wajah Lina muncul.

"Encik Naufal, Puan Hana dalam talian,"

Naufal terkejut. Eh tak pernah pernah pula dia telefon office? Kenapa tak call phone aku terus je?

Eleh marah lah tu,

"Okay, sambungkan pada saya," arah Naufal kemudian Lina keluar dari bilik.

Belum sempat menyapa apa apa kepada Hana, isterinya sudah bercakap terlebih dahulu.

"Hana taknak cakap banyak, abang balik lewat ke balik awal?"

Suara Hana yang menyoal lagak seperti gangster menggelikan hati Naufal. Hendak tergelak, namun ditahan sahaja.

Alahai sayang, selalu cengeng tapi ni asyik nak tarik muka macam gangster!

Bukannya dia tidak perasan, wajah Hana saat dimarahi memanglah macam nak menangis tapi tak nangis pun. End up, pandang dia macam nak makan, cakap dingin macam nak cari pasal lepastu paling kelakar pada Naufal bila Hana selamba badak tak nak senyum langsung buat riak muka serupa macam abang long besar je!

"Lambat kut. Kenapa, taknak abang balik ke?" sengaja, Naufal mahu mengusik.

"Abang jangan nak cari pasal eh. Dalam phone pun nak gaduh ke?"

Naufal sengih. Sahlah bini dia ni dah ada hormon gangster agaknya.

"Abang tak cakap apa-apa pun. Hana tu yang macam nak gaduh,"

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now