Wawa pulang lewat hari ini. Jam sudah menunjukkan 7 petang barulah dia keluar dari pejabat. Bekerja sebagai peguam membuatkan dirinya lelah mental dan fizikal. Penat satu badan melayan kerenah pelanggan. Kalau bukan kerana inilah punca rezekinya, sudah lama dia berundur diri.
Kaki diatur menuju ke ruang parkir bawah tanah. Suasana sunyi langsung tidak menggentarkan hatinya kerana dia sudah biasa dengan keadaan ini.
Ah, bukan ada apa pun. Cctv banyak mengawasi. Allah juga ada, buat apa nak takut.
Diperhati sekeliling, walhal dia sedia maklum pastilah hanya tinggal keretanya sahaja di situ. Pekerja yang lain mesti sudah pulang ke rumah. Kunci kereta ditekan, kemudian dia terus masuk. Enjin kereta dihidupkan.
Sementara menunggu ia panas, Wawa mengeluarkan phone di dalam beg kemudian membukanya. Terdapat satu mesej yang diterima. Baru sahaja tadi, beberapa minit yang lalu.
Sebaik sahaja melihat nama pengirim, dahi Wawa berkerut.
Ara? Dia nak apa? Bukan dia marah aku ke?
Tanpa berlengah lagi, laju tangannya membuka mesej tersebut. Bertambah kerutannya apabila membaca isi mesej tersebut.
Perempuan ni dah kenapa?
Laju tangannya menekan papan kekunci, hendak membalasnya kembali. Namun perbuatannya terhenti saat terdengar bunyi di luar keretanya. Kepalanya terangkat ingin melihat apakah bunyi tersebut, namun apa yang dia dapat lihat hanyalah sepasang kaki yang kini-- sedang berdiri di atas bahagian hadapan keretanya bersama dengan-- kayu sofbol.
BAM!!
Terkejut Wawa saat cermin hadapan keretanya dihentak kuat olehnya sehingga pecah menyebabkan telefonnya tercampak entah ke mana. Tindakan refleks, Wawa menghalang dirinya dengan tangan sendiri dan menutup mata. Hentakan yang hanya sekali itu membuatkan cermin keretanya retak seribu.
Serta merta, jantungnya berdegup kencang. Rasa takut menyerang di dalam diri. Wawa membuka mata, ingin melihat lagi manusia tadi. Namun begitu, tiada lagi yang berdiri di atas keretanya.
Wawa cuba mencari kembali telefonnya ingin menghubungi polis atau sesiapa sahaja. Dadanya berombak laju, tangannya menggigil, jelas dia ketakutan saat itu. Diraba-raba semua tempat, namun hampa. Tangannya berhenti mencari saat pintu keretanya pula tiba-tiba sahaja dibuka dari luar dengan kasar.
Membuntang matanya saat dia bertentang mata dengan tuan punya badan tersebut. Di tangannya masih tergenggam kuat kayu sofbol tadi, menghadirkan segala ketakutan di dalam diri. Saat ini, yang diharapkan oleh Wawa hanya satu. Moga Allah melindunginya, tolonglah.
"A--apa.." Wawa menjerit kecil apabila dia merasakan sesuatu yang tajam menusuk di pehanya sebelum kemudian dengan perlahan, matanya semakin lama semakin layu. Nafasnya juga tidak sekencang tadi. Perlahan-lahan, penglihatannya semakin kabur dan akhirnya gelap.
Dan tika itu, barulah Wawa mengerti. Mungkin ini maksudnya mesej tadi, mesej yang dihantar oleh Ara.
'Maafkan aku, Wawa,'
• 🌼🌼🌼 •
Aku mengetuk pintu bilik perlahan, takut mengganggu Naufal yang sedang sibuk dengan kerjanya. Aku jengukkan kepala sedikit ke dalam melihatnya yang juga kini sedang melihat ke arahku dengan senyuman. Aku sengih, sebelum kemudian aku melangkah mendekatinya dengan secawan kopi untuknya.
Eh, bukan ke sentap haritu?
Mana ada sentap, gaduh manja je lah. Eh ceh, mana boleh nak sentap lama-lama kalau dah orang tu haih macam biasalah perangai si Naufal ni suka buat sesuatu mengejut. Dasar sweet talker berjaya heh oh and he never fail in action too!
YOU ARE READING
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔
Storie d'amoreNur Hana Imani. Kesakitan masa lalu membuatkan dia serik untuk menyayangi dan mencintai mana mana lelaki. Peristiwa itu memberikan impak yang besar sehingga kan dia tidak mampu untuk melupakannya. Sehingga kini, nama lelaki itu, Naufal Uzzam masih m...