💮 36

33.3K 1.2K 13
                                    

Langit cerah membiru dihiasi awan-awan putih yang gebu menjadi tatapanku. Seronoknya dapat keluar daripada wad yang sangatlah bosan!

Aku memandang kawasan sekeliling. Taman herba di laman hospital menjadi tempat bersiar-siar atau cuci mata oleh ramai pesakit dan para pelawat. Termasuklah aku.

Naufal masih menolak kerusi roda yang aku naiki sekarang perlahan lahan. Waktu masih pagi, baru menunjukkan pukul 10 pagi. Tak ramai yang mengunjugi taman herba tika ini. Hanya beberapa orang pesakit sahaja yang sebahagiannya ditemani oleh keluarga dan jururawat. Naufal menolak kerusi roda yang aku naiki menuju ke sebuah kerusi yang di belakangnya ditanam pokok daun mint yang menyegarkan.

Segar rasanya dapat menghirup bau yang keluar dari daun-daun tersebut. Naufal duduk di atas kerusi berhadapan dengan aku. Kedua-dua belah kakinya mengepit kakiku yang berada di antaranya.

Apa dia ingat kalau dia tak kepit gini aku mampu lari ke? Memang nak lari dengan kaki macam ni kan lainlah kalau aku ada superpower boleh fly!

Naufal menongkat tangannya di atas lutut menjadikan ketinggian kami sama kemudian memandangku dengan senyuman. Aduh, jangan berdebar sekarang please!

"Tak payah pandang macam tulah..." aku menutup kedua matanya dengan tapak tanganku. Naufal menarik tanganku kemudian digenggamnya.

"Kenapa? Malu?" soal Naufal masih dengan senyumannya.

Aku juihkan bibir.

"Tak ada maknanya nak malu," ceh padahal memang ya pun malu!

Naufal gelak kecil.

"Nak tipu tapi tak pandai. Muka dah blushing dah pun!" usik Naufal lagi

"Mana ada!"

"Habistu, sayang pakai blusher ke tadi? Takkan sakit-sakit pun sempat nak solek kut,"

Aku tepuk peha Naufal kuat. Amboi, seronok betul dia usik aku!

"Sakitlah, sayang," adu Naufal sambil menggosok-gosok pehanya. Eleh mengada je lebih!

Aku hanya menjeling malas hendak melayan.

"Sayang,"

Aku menoleh memandang Naufal semula. Naufal mengusap pipiku. Aku hanya memandangnya aneh. Wajah Naufal kelihatan sugul, tiada lagi senyuman manis seperti tadi.

"If it really hurts you, call me, walk to me, run to me, hug me and lean on me. Abang taknak Hana sembunyikan semuanya sendiri. Hana ada abang, luahkan pada abang. I have promised you right?,"

"Abang nak jadi pelindung Hana, walaupun dengan nyawa abang. Hana amanah untuk abang, abang takkan benarkan sesiapa lagi lukakan Hana untuk kali ketiga dan seterusnya. Dan kalau Hana terluka sekalipun, abang harap abang penyebabnya supaya abang tak perlu salahkan orang lain dan biarkan rasa bersalah tu dalam diri abang macam apa yang abang buat dulu,"

"Abang sayang Hana, abang cinta Hana sangat sangat. Maafkan abang sebab tak dapat nak lindungi sayang daripada Ara dan mama. Maafkan abang sebab tak dapat nak perbetulkan keadaan semula. Maafkan abang sebab letak sayang dalam keadaan ni. Kalau abang boleh putarkan semula masa, abang akan berikan Hana kebahagiaan yang sepatutnya Hana miliki,"

Aku tersenyum kecil mendengar apa yang dikatakan oleh Naufal. Terusik hati, mengalir perlahan air mata di pipi.

"Abang sayang... Abang tak perlu putarkan waktu semula. Apa yang berlaku, Hana tak pernah salahkan sesiapa bahkan abang sekalipun. Bukan abang yang letakkan Hana dalam keadaan ni. Tapi Allah. Allah nak uji Hana, Allah nak uji kita. Tak adil kalau Hana sentiasa berada dalam kegembiraan dan kebahagiaan tanpa merasa kesakitan,"

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now