💮 16

38.7K 1.6K 51
                                    

Aku basuh kaki menggunakan paip yang memang tersedia di luar rumah. Sesekali aku mengaduh sakit. Tak sakit sangat pun, tapi perit. Sejenak aku terfikir perbuatanku tadi.

Haish kenapalah aku boleh cakap macam tu?

Tapi sesiapa pun mesti sakit hati bila dah emergency pun orang panggil buat bolayan! Hish.

Aku labuhkan duduk di atas tangga rumah. Kaki yang masih keluar darahnya aku biarkan. Nanti berhentilah tu. Sikit je pun.

Aku buang pandang ke arah sawah padi. Kelihatan Mak Wan sedang berjalan menuju ke rumah. Jelas penat wajahnya. Kesian Mak Wan. Kalau aku tahu nak buat semua kerja tu dah lama aku tolong.

Yang Naufal tu bukan nak tolong. Dia tak kesian ke dekat Mak Wan? Nenek dia kut.

Sedang aku mengelamun, tiba-tiba ada satu tangan menyentuh kakiku. Aku toleh ke sebelah. Naufal sedang menyapu minyak gamat pada luka tadi.

"Tak payahlah. Saya boleh buat sendiri," aku alihkan sedikit kakiku daripadanya.

"Hish mana boleh. Kena buat cepat. Nanti asyik keluar je darah mati kering awak nanti," Naufal berkata tanpa menoleh ke arah aku. Tapi aku tahu dia tengah sengih sengih kat bawah tu!

"Awak perli saya eh?" sesedap dia je kata aku mati kering huh!

"Eh mana ada. Terasa kenapa?" aku diam. Malas hendak menjawab. Nanti aku yang kalah juga.

"Nanti petang Su nak datang rumah. Nak join minum petang," beritahu Naufal

"So? Datang je lah. Nak saya sambut guna karpet merah ke?"

"Sayang jealous dengan Su ke?" Naufal memusingkan badan ke arah aku.

"Jealous? Buat apa nak jealous? Takde masa lah saya nak jealous dengan orang. Hidup saya dah perfect dah," betul kan? Bukan riak, tapi kenyataannya tulah.

"Bertambah perfect sebab ada suami macam abang kan?" Naufal senyum menampakkan gigi. Aku buat muka.

"Ergh tolonglah. Perasan,"

"Perasan pun, memang tu kenyataannya kan sayang? Abanglah suami paling handsome, sweet..." belum habis Naufal berkata aku angkat kaki masuk ke dalam rumah. Malas aku nak dengar.

Isi bakul angkat sendiri punya manusia!

"Eh sayang!" Naufal mengejar dari belakang. Panggilannya aku hiraukan. Tiba-tiba telefonku berdering. Aku lihat nama pemanggil.

'Farah'

"Hello assalamualaikum?" sahut aku

"Waalaikumussalam, bos. Cik Hana... bila masuk kerja?" tanya Farah. Naufal di sebelah menggerakkan mulut bertanyakan siapa. Aku malas hendak menjawabdan menjelirkan lidah.

"Dua tiga hari lagi saya masuk lah. Kenapa? Any problem?"

"There's many problem, Cik Hana!"

"Really? Apa dia?" tanyaku risau. Harta paling aku sayang kut dilanda masalah. Gila tak risau. Aku bawa diri jauh dari Naufal. Fahamlah dia bahawa aku ingin berbincang sendirian.

"Tukang jahit kita, she's quit. Suddenly. And kita kekurangan kaki tangan. Tempahan banyak lagi belum siap, Cik Hana. Pelanggan dah bising sebab ada yang terlepas due date diorang ambil baju," aku pejam mata.

Aku baru takde berapa hari. Tak sampai seminggu pun!

"Bila?" suaraku berubah serius. Aku pantang dengan pekerja macam ni. Fikirlah orang lain juga haih.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now