💮 27

33.2K 1.2K 20
                                    

Naufal meletakkan tubuh Hana perlahan lahan di atas katil. Mujur luka terhantuk tadi tidak berapa teruk sehingga perlu ditahan di dalam wad. Doktor yang merawat isterinya tadi membenarkan Naufal membawa Hana pulang setelah mendapat keizinan. Naufal menilik wajah Hana yang pucat. Dahinya yang ditampal dengan pembalut luka diusap perlahan. Kasihan isterinya. Gara-gara salah faham tercetus antara mereka, Hana yang mendapat celaka. Diusap pipi Hana lembut.

"Maafkan abang, sayang," ucap Naufal perlahan berharap apa yang diucapkannya didengari Hana.

Hal tadi benar-benar merunsingkannya. Ara betul betul mengembalikan ketegangan dalam rumah tangga mereka. Istana yang baru sahaja mencipta sinarnya kembali diulit kedukaan.

Ah, gadis itu! Naufal cuba sabarkan hati.

Ara bukanlah orang asing dalam hidupnya. Bukan bekas kekasih atau apa pun yang berkaitan dengan soal hati. Ara, Nawwarah Husna anak kepada adik mamanya. Bukannya dia tidak tahu gadis itu sudah lama memendam perasaan dengannya. Namun Naufal endahkan, kerana Ara sudah dianggapnya seperti adik memandangkan dia adalah anak tunggal keluarga.

Naufal mengeluh berat. Dia tahu, Ara pasti sengaja mencipta pertemuan ini. Dia pasti bukan tidak sengaja, bukan kerana kebetulan.

FLASHBACK •

Naufal melangkah keluar mencari makanan yang sesuai untuk Hana makan dalam waktu ini. Satu per satu restoran yang dijumpainya ditilik menu masing masing. Tiada satu pun yang dirasakan sesuai untuk Hana makan. Naufal masuk ke dalam sebuah restoran yang menghidangkan makanan Malaysia.

Tak sangka pula di sekitar situ ada restoran ini. Ramai juga pelanggan yang datang sehinggakan barisan menunggu untuk memesan makanan panjang berjela. Nampak maju, atau mungkin kerana sekarang memang waktu makan malam. Terselit juga bangga di hati kerana menjadi anak Malaysia. Tak di sangka makanan negara sendiri begitu popular di negara luar.

Naufal menyeluk tangan ke dalam poket sweaternya dan berdiri santai sementara menunggu gilirannya memesan makanan. Masih ada lagi tiga pelanggan sebelum gilirannya tiba.

Elok Naufal hendak maju ke hadapan merapatkan barisan, lengannya dipeluk seseorang.

Ya, Ara.

Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat Ara di situ. Terus di lepaskan pegangan Ara terhadapnya. Dalam hatinya, berdoa agar Ara tidak melakukan apa-apa yang mendatangkan masalah kepadanya.

"Ara buat apa kat sini?" soal Naufal, nampak kurang menyenangkan dengan kehadiran Ara di situ.

"Ara ada some business kena handle kat sini. Abang vacation kat sini kan? Mama Lia bagitahu Ara hari itu. Mana dia?" tanya Ara. Sibuk dia menoleh mencari kelibat Hana.

Haih Mama ni tahulah bff dengan Ara ni semua nak dibagitahunya.

"Hm, dia sakit. Tengah tidur dekat hotel," Ara mengangguk angguk faham dengan balasan Naufal.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now