💮 13

41.6K 1.6K 44
                                    

Aku terjaga saat Naufal menepuk-nepuk pipiku mengejutkan aku dari tidur. Terpisat-pisat aku bangun. Pandangan yang tadinya kabur semakin lama semakin jelas.

Gelap.

Eh dah malam?

Rasa tadi bertolak petang. Takkanlah dah malam? Kata rumah dekat je. Takkanlah sampai malam kut drive?

Aku toleh sekeliling. Pandangan terhala ke hadapan.

Eh? Rumah kayu?

Seriuslah Naufal duduk rumah macam ni?

Dia kan CEO?

Duduk rumah macam ni ke? Seriously?!

Aku pandang Naufal di sebelah. Naufal senyum memandangku.

"Dah sampai ke?" aku bertanya pada Naufal. Tangan Naufal sibuk menyelitkan anak rambutku yang terkeluar sedikit. Aku hanya biarkan. Entahlah dah biasa. Naufal sering buat begitu sejak kami kahwin.

"Dah. Jom turun," aku pandang Naufal tak percaya. Namun aku ikut juga turun.

"Welcome, sayang. Negeri Sembilan my hometown!" Naufal senyum lagi. What?! Dia tak cakap pun nak bawa aku ke sini!

"Awak tak cakap pun nak datang sini! Awak kan memang suka buat keputusan tak bincang dengan saya dulu kan," aku buka langkah menuju ke arah Naufal. Tanganku segera memukul bahunya.

"Aduh sayang sakit sayang!" ah peduli apa aku. Dah berapa kali kau buat macam ni haish geramnya!

"Suka kan buat macam ni kan!" aku masih belum berhenti memukul

"Ni surpriselah sayang. Aduh, ni our pre-honeymoon!" kata Naufal sambil mengaduh sakit.

"Pre-honeymoon kepala lutut awaklah!" eeii geramnya aku!

Pukulanku terhenti apabila lampu di luar rumah menyala. Statik aku berdiri di sebelah Naufal. Muncul seorang wanita tua apabila pintu dibuka.

"Apo bondo eh bingit kek luar ni ha? Tongah-tongah malam tak tahu ko orang lain semuo eh tongah sodap tidur," bebel wanita tua itu.

"Mak Wan!" Naufal berlari mendapatkan wanita tua itu.

"Eh? Ekau ko Fal? Ya Allah. Kenapa tak bagitahu Wan nak datang ni haa cucu aku sorang ni haih," Naufal menyalam dan memeluk wanita tua yang dipanggil Mak Wan tadi.

"Naufal datang bawa isteri, Mak Wan,"

"Ha Wan tahu ekau dah nikah dah. Mano eh bininyo?" Mak Wan mengecilkan mata mencari seseorang. Mencari aku mungkin.

"Sayang, sini," Naufal menggamit aku pergi dekat dengannya. Aku bersalam dengan Mak Wan dan melemparkan senyuman.

"Lawo bonar isteri ekau yo, Fal. Pandai ekau pilih yo," uish kembang semangkuk den uhuk

"Eh dah Naufal hensem mestilah bini pun cantik, Mak Wan," okay mangkuk mohon pecah sekarang

"Ha ado-ado jolah ekau yo. Dah, dah masuk. Dah malam bonar dah ni. Tak elok dok luar lamo-lamo ni hah," Mak Wan menarik aku masuk manakala Naufal hanya dibiarkan di situ.

"Tarik Hana je? Naufal?"

"Ekau dah bosar pandai pandailah hidup jang oi!" aku mengekek ketawa. Kelakar pula dengar loghat orang negeri sembilan ni ya.

• 🌼🌼🌼 •

AKU masuk ke dalam bilik setelah siap membersihkan diri. Yelah, satu hari tak mandi, nak taknak kenalah bersihkan badan juga even dah malam. Aku lihat Naufal sedang meniarap di atas katil sambil bermain dengan phone.

Hish macam mana nak tidur ni?

"Sayang dah siap mandi?" soalan apa lah dia ni. Dah nampak aku tercongok dekat sini maknanya dah siaplah.

"Eh, belum. Baru nak syampu rambut ni ha," sengaja aku balas dengan jawapan bodoh dengan sengihan yang dibuat-buat.

Naufal gelak.

"Pandai buat lawak ya sekarang," aku menjeling dan duduk di hujung katil. Rambut yang basah aku keringkan.

"Sorry, no choice terpaksa sekatil malam ni. Hana okay kan?" tanya Naufal

"Hm tak kisahlah janji dapat tidur. Tapi awak jangan buat apa-apa eh," aku menoleh memandang Naufal.

"Buat apa-apa, apa?" Naufal sengih nakal.

"Buat apa-apa lah," aku palingkan muka. Hish dia ni!

"Buat apa sayang?" Naufal mengesot mendekati aku. Kini jarak aku dengannya terlalu hampir.

"Bu-buat apa-apa lah" aku semakin ke belakang apabila wajah Naufal mula mendekat.

Lupa aku bahawa aku sememangnya dari tadi di hujung katil. Semakin lama semakin hujung. Terjerit aku apabila punggungku tidak lagi berada di atas katil. Aku pejam mata.

Aku sudah mahu terjatuh!

Tapi pelik. Tak jatuh atas lantai pun. Rasa macam terawang pulak ni. Aku buka mata perlahan-lahan.

Naufal memaut pinggangku manakala sebelah tangannya lagi menahan di dinding menampung aku. Wajahnya yang tidak pernah lokek untuk senyum menjamah mataku.

"Katil punya luas, nak juga duduk dekat hujung-hujung kan? Sengaja lah tu nak abang peluk macam ni kan," Naufal angkat sebelah kening sambil tersenyum nakal. Wajahku pasti sudah berubah rona merah.

Weh malunya!

"Ma-mana ada!" nafi aku. Eh tapi betullah memang aku taknak pun eeii

"Oh, yeke? Are you sure, sayang?" Naufal senyum lagi. Belum sempat aku hendak menjawab, pintu bilik diketuk.

"Fal, Wan dongar bini ekau monjorit tadi. Kenapa tu?"

Naufal memandang aku.

"Err tak-takde apa apa Mak Wan! Ada... ada tikus besar je ni ha!" jawab aku kalut. Naufal masih lagi tidak mahu melepaskan aku.

"Ohh haa yolaaa. Bilik ni memang dah lamo tak diborsihkan tu yang macam-macam binatang ado. Takpolah. Wan tidur dulu yo,"

"Okay Mak Wan!"

"Oh tikus besar ya?" Naufal sengih nakal.

"Apa?"

"Meh saya munculkan tikus besar tu betul-betul," Naufal mendekatkan wajahnya kepadaku. Aku yang kalut terus menumbuk dada Naufal dan menyebabkan pegangannya terlepas.

Bukk!

"Aduhh!" aku menggosok punggung. Sakit siut

"Sayang okay?" soal Naufal risau. Aku hanya menjeling.

"Ni semua awak punya pasal!" aku bangun dan terus naik ke atas katil. Tangan yang dihulur Naufal aku pandang sepi.

Huh menyampah! Tubuh Naufal aku tolak ke tepi.

"Tepilah sikit!" aku tarik selimut kasar dan menyelubungkan diri. Tak pasal punggung aku kena cium dengan lantai!

Naufal memandang isterinya yang kini di bawah selimut. Perlahan senyumannya terukir kemudian dia menggosok leher.

Niatnya sebenar hanyalah ingin mengusik. Namun wangian isterinya menggoncang naluri lelakinya. Lebih lebih lagi apabila disajikan dengan leher putih bersih milik isterinya.

Kalaulah Hana tak jatuh tadi, entah apa yang akan jadi haih.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now