💮 63

28.4K 982 38
                                    

Naufal duduk bertiga bersama Suraya dan Mak Wan di ruang tamu. Aku pula awal-awal dah larikan diri ke dapur dengan alasan hendak membancuh air.

Padahal kalau diikutkan rasa hati, memang dah terperap je dalam bilik sebab kecil hati.

Sengaja aku ambil masa yang lama membancuh air. Malas hendak menunggu di sana memerhatikan mereka berbual.

Bukannya aku lupa, kali terakhir perbualan dengan mereka apa yang terjadi akhirnya. Memang aku cari nahas sendirilah kalau tawar diri nak bertekak dengan orang.

Sudahlah tengah mengandung!

Dan salah ke kalau aku syak Naufal beritahu Suraya yang dia nak datang ke kampung?

Aku tak rasa tu mustahil. Suraya pun pernah juga cakap selalu berbalas mesej dengan Naufal. Tapi aku pula yang berdosa kalau syak wasangka dengan suami sendiri.

Aku menggeleng perlahan. Cuba membuang segala rasa yang bertandang di hati.

Siapa tahu, Suraya datang ke rumah kerana ingin menjenguk Mak Wan dan dalam masa yang sama aku dan Naufal pulang ke kampung. Tak mustahil juga.

Aku tatang dulang yang berisi seteko kopi dan cawan kaca. Perlahan, kakiku melangkah menuju ke ruang tamu. Dari sebalik langsir yang menutupi tirai dapur dan ruang tamu, aku terdengar sayup sayup perbualan mereka.

Aku berhenti seketika, mengawal hati sendiri. Takut kalau tiba-tiba melenting tak tentu pasal.

"Su rindu abanglah, sebab tu datang. Dulu pun kalau abang balik, Su pun selalu datang juga. Macamlah tak biasa,"

Aku tersentak saat mendengar suara Suraya yang seperti menarik perhatian orang.

Gedik sungguh!

Paling sentapkan hati, rindukan suami aku!

Aku diam, tak jadi melangkah. Ingin mendengar balasan Naufal sebenarnya.

"Apalah Su ni. Dulu lain, sekarang lain. Kan abang dah kahwin. Lainlah ceritanya," Naufal gelak kecil. Sesekali matanya memerhati tirai dapur mencari kelibat isterinya.

Haish ni kalau Hana dengar, habis aku kena salai!

"Alah sama je abang sebenarnya. Isteri abang je yang tak faham. Kita kan kawan, bukan lebih pun. Kalau lebih..." Suraya berhenti apabila Mak Wan memotong kata-katanya.

"Ekau ni! Kalau dibueknyo si Hana dongar habih si Naufal ni,"

Hana dengar, Mak Wan, dengar jelas sangat, Mak Wan. Rasa nak menangis tahu tak!

"Alah bukan selalu dapat jumpa abang Naufal. Saja je bergurau," Suraya mencebik konon terasa hati ditegur sebegitu.

"Gurau pun ada batas, Su," balas Naufal kemudiannya.

Aku tarik nafas panjang kemudian melangkah keluar. Senyuman sengaja aku pamerkan lebar menutup rasa hati sendiri. Aku alihkan pandangan saat mataku bertamu dengan matanya.

Tak tahu nak salahkan siapa. Atau sebenarnya tak ada yang perlu disalahkan. Tapi kalau rindu suami orang, tak salah ke?

"Lamanya buat air," tegur Naufal

"Hana panaskan air dulu tadi," jawabku tanpa memandangnya.

Selepas menghidangkan air, aku berpaling ingin ke dapur. Namun tangan Naufal menahanku daripada pergi. Peliklah tu aku tak pandang dia langsung.

"Duduklah sini dulu," arahnya.

"Tak apalah. Hana penat. Nak masuk bilik terus. Maaf ya semua, tak dapat nak join berbual," aku senyum memandang Mak Wan.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now