💮 42

28.3K 974 35
                                    

Ara gelak senang, puas hati dengan apa yang terjadi hari ni. Jus oren yang dipesan tadi, dihirup perlahan. Senyumannya makin lebar, nampak sangat puas hati dengan apa yang dia telah lakukan hari ni.

First step, done!

Agaknya memang rezeki dia hari ni kut dapat rosakkan hubungan Naufal dan Hana.

Heh, perempuan bodoh!

Aku dah kata aku selalu selangkah dekat depan!

"Hey, perempuan, kau kenapa sengih sengih macam orang gila ni?" tanya Wawa sebaik sahaja sampai di tempat Ara.

Yelah, gila tak pelik datang datang je tengok kawan sendiri sengih-sengih macam orang tak betul.

"Kau ni, aku happy salah, sedih salah, apa je tak betul?" Ara mencebik sedikit sambil bermain dengan straw minuman di dalam gelas.

"Aku tak kata salah pun, aku tanya je. Kau ni kalau sengih-sengih macam ni, mesti ada apa-apa kan? Bagitahulah aku, babe," Wawa menegakkan postur badan, teruja ingin mendengar cerita Ara.

"Well, kau ingat lagi tak dengan Naufal prince charming aku tu?"

"Naufal? Oh ya! Of course lah aku ingat, aku selalu usha dia dekat ig kau tahu," Wawa pula yang tersengih sengih sekarang, membayangkan wajah Naufal yang padanya sangat kacak tanpa cela langsung.

Ara menjeling kejap Wawa di depan

"Berani kau stalk dia, Wa? Naufal aku punya tahu!"

Wawa gelak, "Mimpi ke kau ni? Naufal kan dah kahwin, tak tengok ke post ig dia semua pasal wife dia kut. And impossible kau tak tahu, kau kan cousin dia,"

"Hello, Naufal tu aku punya, perempuan tak guna tu tiba-tiba datang rampas pulak dari aku," Ara menggenggam tangan, geram mungkin.

"Hey, kau gila ke babe? Tak elok lah kacau suami orang, why not kau terima je si Harris tu. Dari dulu dia suka kau kan," Wawa pula berasa seram, yelah suka dia pun pada Naufal tak adalah fanatik sampai nakkan Naufal, hancurkan rumah tangga orang.

"Harris heh?" Ara senyum senget, muncul idea lain, yang pasti akan menjayakan dia kali ni.

"Yelah, dia suka kau tau dari zaman kolej lagi. Kau tak sedar ke betapa setianya dia? Kita dah 4 tahun tinggalkan kolej kut, dia still kejarkan kau,"

"Lantaklah, aku tak kisah. Siapa suruh suka aku? Everyone knows kut aku suka Naufal dari dulu lagi,"

"Ara, are you crazy? He's someone husband tau! Jangan buat kerja gila," Ara menjeling Wawa apabila ditegur sebegitu.

"I don't even care dia husband orang ke, ayah orang ke, kau tahu kan aku sayang dia macam mana, sampai hati dia tinggalkan aku demi perempuan tu padahal dia tahu kut aku suka dia lebih daripada seorang sepupu, and guess what? He said that he loves me hanya sebagai seorang adik! Hell what?! Sakit hati aku tahu tak?" bentak Ara geram.

"You know what, Ara? Kau takkan sakit kalau dari dulu lagi kau move on tahu tak?"

Wawa menghirup sedikit jus epal miliknya membasahi tekak yang kering sebelum menyambung lagi.

"Tak ada guna kau kejar Naufal, aku tengok dia bahagia je dengan wife dia. Aku sendiri suka tengok post ig dia sweet sweet semua!"

"Oh ya? We'll see sampai mana sweet dia tu bertahan," Ara senyum sinis mengundang pelik dalam diri Wawa.

"What do you mean by that?" bukannya dia tak tahu, Ara kalau nakkan sesuatu, dia akan melakukan macam-macam untuk dapatkannya!

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now