Aku leraikan pelukan Naufal. Tanpa sepatah kata yang keluar daripada mulut, aku buka langkah untuk keluar dari situ.
Bukan mengelak, bukan mahu lari dari masalah, tapi aku penat. Penat menghadam segala apa yang diperkatakan oleh Naufal. Akal waras aku masih belum mahu menerima dengan sepenuhnya.
Naufal menarik lenganku lembut,
"Sayang?"
Tanpa menoleh, aku tarik kembali lenganku.
"Beri Hana masa," seusai itu, aku terus keluar meninggalkan Naufal di situ, termangu-mangu sendirian.
Naufal pejam mata kejap, menarik nafas sedalam dalamnya memberi kesabaran di dalam hati.
Tak apa, ini cuma ujian dari Tuhan, pujuk hatinya sendiri.
Menyedari akan dirinya yang berlalu pergi tanpa pesanan apa-apa pada setiausahanya, Naufal mengeluarkan phone dari poket seluar dan memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak akan masuk semula ke pejabat. Setelah itu, dia mencapai tuala yang sememangnya tergantung di tepi pintu bilik air dan bersihkan diri.
Jika Hana inginkan waktu seperti yang dipinta olehnya, maka itu yang akan diberikan. Bagi Naufal, dia akan memujuk Hana semula apabila hatinya sudah kembali tenang dan mampu berfikir rasional.
Hana isterinya, satu dan tetap satu sampai bila bila.
Dan tak mungkin akan ada yang lain.
Tak akan, walaupun nanti nyawanya terpisah daripada badan sekalipun.
Ini bukan soal setia semata-mata, ini kerana hatinya hanya ada Hana sebagai penghuni cinta Jannah.
• 🌼🌼🌼 •
Aku duduk di atas buaian yang Naufal letakkan di balkoni bilik. Sejak tadi, aku tetap di situ tidak berganjak langsung.
Langit yang gelap tanpa bintang menjadi tatapanku. Bulan juga turut sama hilang, tidak menyinari bumi seperti selalu, suramnya rasa sama seperti suramnya hati aku tika ini.
Penat aku berperang dengan perasaan sendiri, mencari di mana logik akal tentang apa yang dilakukan oleh Ara hari ini. Aku tak mahu menuduh Ara, namun kalau difikirkan semula, dengan kegilaannya kepada Naufal tak mustahil memang apa yang terjadi hari ini kerja dia. Tak mustahil, saat itu baru aku terfikir tak mustahil apabila teringat akan kata-kata Ara-
"Aku akan buat apa je untuk dapatkan Naufal!"
Aku hela nafas berat. Pelbagai soalan dan tanggapan negatif mengasak fikiran sehingga aku sendiri rasa rimas hendak memikirkannya lagi.
Sakit otak, sakit hati!
Aku capai phone di sebelah. Kenalan aku buka dan cari nama Naufal, rasanya dah masuk sepuluh kali kut aku buat perkara yang sama macam ni.
Buka phone, cari nama dia.
Niat sebenar nak call, tanya di mana.
Mana taknya, keluar dari petang sampai sekarang tak balik balik lagi. Dah tu keluar tak beritahu pulak tu, tahulah gaduh, kalau ya pun bagitahulah dulu nak ke mana, menambahkan sakit hati jelah hish!
Ceh, tambah sakit hati ke sebenarnya risau?
Eh diamlah!
Aku bangun, berjalan menuju ke penghadang balkoni. Aku meninjau keadaan sekeliling, manalah tahu kereta Naufal muncul nanti.
Eh? Kata marah?
Diamlah hish!
Aku meninjau lagi, namun hampa, satu kenderaan pun tak ada. Aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu balkoni. Aku menuju ke arah katil kemudian merebahkan diri di atasnya. Selimut aku tarik sehingga menutupi dada. Baru sahaja ingin menutup mata, rumah menjadi gelap tiba tiba.
YOU ARE READING
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔
RomansaNur Hana Imani. Kesakitan masa lalu membuatkan dia serik untuk menyayangi dan mencintai mana mana lelaki. Peristiwa itu memberikan impak yang besar sehingga kan dia tidak mampu untuk melupakannya. Sehingga kini, nama lelaki itu, Naufal Uzzam masih m...