💮 41

28.2K 1K 24
                                    

Pintu bilik diketuk bertalu-talu aku biarkan begitu. Aku masih di situ, di atas katil memeluk lutut menekup mulut di situ menahan esakan daripada keluar kedengaran. Air mata yang sudah membanjiri pipi juga aku biarkan begitu, tiada langsung niat hendak mengelapnya.

"Sayang, buka pintu ni,"

Ketukan pintu berserta suara Naufal merayu supaya dibuka pintu tersebut masih kedengaran, namun aku hanya diam di situ, merintih sendirian.

Menyesal?

Ya, aku sungguh menyesal ikut kata hati sendiri hari ni, aku menyesal buat keputusan datang ke pejabat Naufal hari ni, aku menyesal tengok apa yang aku sepatutnya tak perlu tengok, aku menyesal sangat!

"Sayang..."

Aku tutup kedua-dua belah telinga dengan tangan berharap suara Naufal hilang, sumpah aku tak nak dengar langsung suara dia sekarang ni!

Tapi aku tahu, usaha aku sia-sia je bila suara dia masih kedengaran, merayu aku supaya membuka pintu.

"Sayang, bukalah please,"

"Pergi! I hate you! Pergi! Hana taknak dengar suara abang! You're liar, a cheater, I hate you!!"

Aku membaling semua bantal yang ada di atas katil ke arah pintu seperti dapat membayangkan bahawa bantal tersebut ialah batu yang boleh tembus keluar pintu hentam Naufal cukup cukup!

And yes, he deserves that!

"Sayang! Bukalah, I can explain to you, okay!"

Suara Naufal pula yang meninggi, hilang kesabaran mungkin apabila aku tidak mahu membuka pintu.

Ah, lantaklah!

"Pergi! Hana benci abang! Go away!" aku menjerit lagi, kisah apa kalau jiran jiran boleh dengar?

Kalau kau yang nampak semua tu tadi, kau pun akan jadi macam aku juga, meroyan macam ni! Percayalah!

Aku selerakkan selimut dan cadar yang elok sahaja dilipat tadi, tak tahulah apa fungsi aku buat macam tu, macamlah boleh hilangkan rasa sakit dekat hati ni.

Tapi at least aku boleh lepaskan marah tu daripada pendam kan?

Aku peluk lutut sekali lagi, menangis lagi semahunya teresak esak sendiri. Bayangan tadi, aku cuba usir keluar dari ingatan.

Benci, meluat, menyampah, jijik bila teringat!

Aku benci...

Benci mereka...

Allah, tolong aku...

FLASHBACK •

Bekas makanan yang terletak elok di kerusi bahagian penumpang di sebelah aku capai sebelum keluar daripada kereta. Aku bercadang ingin membawakan Naufal makan tengah hari memandangkan tadi pagi dia tidak sempat untuk bersarapan gara gara bangun lewat dan mempunyai mesyuarat penting hari ni.

Hehe maaf, saya akui ini salah saya kerana mengheretnya ke sana sini tengah-tengah malam semalam.

Aku melangkah masuk ke dalam lif dengan gembira, yelah mana tak gembira jumpa buah hati?

Eh tak, buah hati pengarang jantung limpa perut hempedu ha semua organ dalaman manusia! Tingkat pejabat Naufal aku tuju.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now