As I promised, bonus chapter part 1. And 100 votes for the second part dear readers! Enjoy, 😇💖💯
• 🌼🌼🌼 •
4 TAHUN KEMUDIAN •
Aku menggeliatkan badan sambil menuruni tangga. Mata yang masih mengantok aku gosok perlahan. Kemudian, rambut yang masih terlepas aku sikat kasar menggunakan jari dan diikat. Dapur aku tuju.
4 pagi.
Aku berdiri di hadapan peti ais. Nak masak apa ya untuk Naufal?
Harini dia nak masuk kerja, mesti memerlukan lebih banyak tenaga daripada biasa. Tambahan lagi sekarang ni bulan puasa.
Dah masuk 3 Ramadhan, Alhamdulillah.
Jujur aku katakan, sejak lahirnya anak kami, tanggungjawab sebagai isteri semakin bertambah kepada tanggungjawab seorang ibu.
Mencabar? Fuh, aku tak tahu nak describe macam mana.
Terlalu mencabar walaupun hanya anak seorang. Macam ni agaknya perasaan ibu masa jaga aku dengan abang Haikal dulu agaknya.
Oh ya, anak aku lelaki. Aku tersenyum saat teringat akan detik lahirnya seorang Hanan.
Hanan Uzzam.
Sengaja, letak nama belakang sama dengan bapa sendiri. Itu kehendak Naufal, bukan aku ya.
Alhamdulillah, lahir dalam keadaan yang sihat seberat 3.2 kilogram. Gebu gebas je masa lahir. Comel!
Sekarang ni dah masuk umur tiga tahun tapi aku rasa macam tak serupa budak tiga tahun lagaknya. Tak tahu ikut perangai siapa, mulut peramah sangat dengan orang!
Gatal pula tu, pantang nampak budak perempuan yang sebaya dengan dia, mula lah tersengih-sengih. Yang ni aku syak ikut perangai Naufal. Memang kecik besar kecik besar je aku tengok dua beranak ni.
Nasib baik sayang, kalau tak dah lama melayang!
Tangan mula lincah memotong sayur dan bahan-bahan lain untuk dimasak. Menu sahur hari ini, eh kejap. Sahur je pun, buat apa nak masak lebih-lebih.
Kalau berbuka lainlah cerita kan?
Selepas menghidangkan makanan di atas meja, aku naik ke atas semula ingin mengejutkan Naufal untuk bersahur. Aku menggeleng perlahan saat melihat Naufal masih berselubung di dalam selimut.
Ni yang rasa nak nyanyi lagu amboi amboi ni.
Amboi, bilalah bapa budak ni reti nak bangun sendiri? Esok kalau aku tak ada kan susah?
Aku bergerak mendekati Naufal di atas katil. Bahunya aku goyangkan perlahan.
"Abang, bangun. Sahur,"
Naufal menggeliat perlahan kemudian menyambung semula tidur. Ewah!
"Abang, jom sahur. Nanti tak sempat kang lapar siang nanti," panggil aku lagi.
"Hm, 5 minit please," katanya tanpa membuka mata.
"Seminit pun Hana tak bagi peluang. Bangunlah, dah jadi bapak budak pun susah nak bangun ya?" bebelku sambil menarik tangannya untuk bangkit.
Aku terjerit kecil apabila Naufal menarik tanganku semula sehingga aku jatuh tertiarap di atasnya. Bibirnya mengukir senyuman tanpa membuka mata.
"Tak boleh kan memang kalau tak ambil kesempatan?"
"Hm tak," pantas bibirnya mengucup bibirku sekilas.
"Tengoklah tu, gatal. Orang ajak sahur, taknak bangun,"
YOU ARE READING
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔
RomanceNur Hana Imani. Kesakitan masa lalu membuatkan dia serik untuk menyayangi dan mencintai mana mana lelaki. Peristiwa itu memberikan impak yang besar sehingga kan dia tidak mampu untuk melupakannya. Sehingga kini, nama lelaki itu, Naufal Uzzam masih m...