💮 62

31K 978 37
                                    

"Sayang, apa kata kita balik rumah Mak Wan dulu baru pergi laut? Okay kan?" Naufal bertanya seusai memasukkan semua beg baju kami ke dalam kereta.

Aku yang sedang sibuk memakai kasut melihatnya sekilas.

"Okay, tak apalah. Tapi janji pergi laut tau?"

"Iya, janji. Dah, masuk. Gerak awal, sampai awal,"

Naufal membukakan pintu di bahagian penumpang untukku. Aku cium pipi Naufal sebelum masuk.

"Thank you, abang sayang," kataku lembut.

Naufal hanya tersengih. Sejak mengandung ni, keberanian nak buat macam tu pada Naufal tinggi betul. Macam dah hilang sifat malu pun ada juga.

Naufal apa lagi, memang suka ria setiap hari lah dengan perangai isteri macam tu. Tak payah minta macam selalu, tiba-tiba je dapat.

Heh, nakal!

Kereta dihidupkan, kemudian dengan lafaz bismillah Naufal memulakan perjalanan. Aku di sebelah pula sibuk mencari siaran radio yang menghiburkan.

Selalunya dengar Era Fm je tapi tak tahulah kenapa kali ni citarasa berubah. Jariku sibuk menekan-nekan radio dan mencari siaran lain.

Sambil mencari, mulut tak berhenti membebel kerana lagu yang dimainkan tak kena dengan hati.

Ada je yang tak okay.

"Sayang, takkan dengan radio pun nak cari gaduh?" tegur Naufal tiba-tiba.

"Dah lagu dia tak best. Lain kali keluarkanlah lagu yang seronok sikit. Ni lagu tah pape. Tak syok betul!" aku merungut kemudian terus menutup radio.

"Sayang nak dengar lagu apa?"

Aku diam memikirkan lagu apa yang ingin aku dengari.

"Ambil earphone dalam dashboard tu lepastu pasangkan kat sini,"

Aku ikut arahan Naufal. Earphone aku capai kemudian aku cucukkan di phone milik Naufal.

Aku perhati Naufal yang sibuk bermain dengan phone seperti mencari sesuatu. Sesekali matanya mengawasi jalan.

Nak je cakap, tak tahu ke bahaya bawak kereta sambil main phone? Lagipun, buang tebiat ke nak dengar lagu dekat earphone sambil memandu? Sejak bila pulak ada tebiat macam tu?

"Nah pasang kat telinga,"

"Huh?"

Memandangkan aku mengelamun tadi, aku tak dengar dengan jelas apa yang dikatakan Naufal.

"Berangan lah tu. Ni pasang earphone kat telinga,"

Naufal menghulurkan earphone tadi kepadaku. Aku capai dan sumbat ke dalam telinga.

"Dengar ni," kata Naufal sebelum aku sendiri terdiam apabila mendengar apa yang dibuka olehnya.

Naufal sengih kemudian meletakkan phone miliknya di atas riba ku. Sebelah tangannya mengusap kepalaku sekejap.

"Ibu mengandung kenalah dengar perkara yang baik baik. Elok untuk baby juga. Faham, sayang?"

Aku mengangguk perlahan. Sentap kak, abang. Naufal bagi dengar surah Ar-Rahman diselangi dengan beberapa selawat dan zikir.

Sengajalah tu nak kenakan aku!

"Bukan kenakan, abang bagi sayang buat benda baik ni," tiba-tiba Naufal bersuara.

Aku mencebik. Apa aku punya fikiran boleh keluar jadi awan ke apa ni sampai dia boleh tahu ni? Macam tahu-tahu je aku cakap macam tu.

Bukan aku tak tahu, selepas Naufal memastikan aku sudah tidur pada waktu malam dia akan bangun kemudian membacakan surah-surah tertentu di sebelah perutku. Paling kerap surah inilah, Surah Ar-Rahman. Aku tahu pun sebab pernah tersedar masa tu.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now