💮 43

28.7K 1K 20
                                    

Air mata yang mengalir di pipi aku kesat dengan belakang tapak tangan. Makin aku kesat, makin ia keluar tanpa henti.

Aku berdiri di sini, di hadapan pintu balkoni menghadap ke arah luar sambil berpeluk tubuh. Tak apa, lebih rela pandang langsir jarang ni daripada pandang-

Naufal, suami sendiri.

Naufal di belakang aku, berdiri tegak juga seperti aku dengan tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar. Tak pula mendekat, tak mahu aku pergi mungkin.

Lama kami berkeadaan begitu, membiarkan masing-masing berfikir berperang dengan perasaan sendiri. Naufal dengan fikirannya yang serabut mencari jalan bagaimana hendak memberi penjelasan dan aku, masih dengan tanggapan aku, dia dan Ara bermain cinta di belakangku.

Aku tak tahu hendak salahkan siapa, Ara atau Naufal?

Atau aku sendiri?

Barangkali aku sendiri yang belum cukup untuk Naufal, mungkin?

Air mata mengalir lagi, tanpa esakan yang mahu meledak keluar. Penat mengesat berulang kali, akhirnya aku biarkan ia mengalir membasahi pipi. Aku tahu, muka aku dah macam zombi sembab dengan hidung merah, mata merah, semuanya lah!

"Sayang," suara Naufal memecahkan tembok kesunyian yang memagari dari tadi.

Aku diam, tidak mahu memberi respon.

Dapat aku dengar Naufal menghela nafas berat sebelum bersuara lagi.

"Sayang masih fikir yang abang ada affair dengan Ara?"

Diam lagi, Naufal bergerak mendekati Hana.

"Apa yang sayang nampak..."

"I believe on what I saw," aku memotong percakapannya serta merta.

"Kalau abang nak kata semua tu salah faham, then why you let her kiss you? Oh yelah, of course lah abang bagi sedangkan peluk pun dia kata boleh je selalu dulu," teringat aku pada kejadian di mana Ara memeluk Naufal sewaktu di rumah mama dulu.

"Hana, itu dulu masa abang jahil. Please don't jump to the conclusion, sayang," Naufal menarik aku berpusing menghadap ke arahnya.

Enggan bertentang mata dengannya, aku larikan bebola mata memandang ke arah lain.

"Hana, pandang abang,"

Aku buat bodoh, keraskan hati tidak mahu memandangnya.

"Pandang abang, sekejap je please," aku patungkan diri, tetap tidak mahu memandangnya.

"Hana, please... I beg you, sayang, jangan buat abang macam ni, just look at me. Sekejap je, please..." suara Naufal bergetar, memohon aku supaya memandang ke arahnya.

Terbit perasaan simpati di hati, aku pejam mata sekejap mencari kekuatan sebelum perlahan aku membawa mata memandangnya.

Mata Naufal merah, Ya Allah dia menangis ke?

Naufal memegang kejap kedua belah lenganku.

"Please, I beg you, listen to me first, semua yang Hana nampak tu tak betul,"

"Betul atau tak, mata Hana tak mungkin menipu. Lepaskan, I don't want any touch from you while discussing," aku meleraikan pegangan Naufal kemudian berpaling semula ke belakang.

"Yes, your eyes never lie tapi fahaman Hana yang kelirukan keadaan. Sayang, abang nak explain... please dengar. Jangan biar benda ni rosakkan kita,"

"Hana tak rosakkan apa-apa, you started it. She kissed you..." ayat terakhir itu bagaikan tidak mahu terkeluar dari celah kerongkong, sakit, sakit sangat apabila membayangkan tentang perkara itu semula.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now