💮 21

38.3K 1.5K 25
                                    

Buka sahaja pintu hotel, aku terus mencari katil dan merebahkan badan di atasnya. Penat asyik duduk dalam kapal terbang, aku regangkan badan sepuasnya sebelum melelapkan mata semula. Lagipun, hari masih malam bukan?

Jadi marilah kita sama sama berlayar ke alam mimpi.

Naufal melihat gelagat aku sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya.

Amboi, bahagianya dunia semua barang aku yang bawa dia sedap je tidur. Haih nasiblah sayang tau!

Naufal mendekati Hana yang sudah terlentang di atas katil.

"Sayang..." Naufal menggoyangkan kakiku sedikit.

"Hm..." terlalu mengantuk, aku malas hendak menyahut panjang panjang. Cukuplah lepas apa yang terjadi dalam kapal terbang tadi. Aku masih belum dapat melupakannya tambahan lagi sepanjang perjalanan, celik je mata kedua duanya, ada je yang nak diusik Naufal. Jenuh aku melayan haihlah suami.

"Tidur elok-eloklah. Tudung pun tak tanggal lagi. Stokin pun. At least, basuhlah muka dulu," kata-kata Naufal aku abaikan. Yang aku tahu, aku hanya ingin tidur. Berat benar hendak buka mata sekarang ni.

Naufal mengeluh sebelum berlalu ke bilik air. Tuala hotel diambil dan dibasahkan kemudian diperah supaya menjadi lembab. Setelah itu, dia keluar semula. Dengan perlahan dia duduk di tepi Hana.

Stokin di kaki ditarik keluar perlahan takut mengganggu lena isterinya. Dikesat kedua dua belah kaki Hana dengan tuala hotel tadi. Kemudian dia naik sedikit separas dengan kepala Hana. Ditanggalkan tudung yang melilit kepala isterinya.

"Haih sayang nasib baik instant shawl senang nak buka. Kalau sayang pakai shawl biasa je tu tidur dengan tudung lah jawabnya sampai esok. Eh takdelah abang gurau je kang ada yang mati terbelit kan sayang," celoteh Naufal sendirian.

Wajah Hana yang hanya dicalit sedikit lipstick dan eyeliner dibersihkan. Tak elok tidur dengan makeup. Rosak muka nanti.

Baju tidur milik Hana yang diambil dari beg tadi disalinkan di badan Hana setelah dilap sedikit badan Hana bagi menghilangkan kesan peluh yang melekat. Naufal tahankan gelora di hati. Kasihan kalau dibiarkan Hana tidur dengan baju yang sudah berbau peluh walaupun tidaklah berbau sangat.

Kasihan ya, bukan ambil kesempatan ceh yeke? Fuh sabar, Naufal. Kawal iman, kawal nafsu.

Rambut Hana yang panjang mengurai dilepaskan daripada ikatan getah. Selalunya begitu apabila hendak tidur. Hana kata, nanti kusut kalau tidur rambut terikat.

Naufal tunduk sedikit membau haruman rambut Hana. Wangi. Walaupun tak dapat mengenal pasti bauannya, tapi dia suka.

Usai semua itu, dicempung Hana untuk membetulkan posisi tidurnya. Mana taknya, tidur terlentang satu katil nak conquer, dahtu Naufal nak tidur mana?

No more sofa please ergh sakit badan okay.

Selepas menyelimutkan Hana dengan comforter dan memastikan Hana selesa, Naufal berlalu semula ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Tak selesa tidur dengan badan melekit. Boleh dikira satu hari dia tak mandi. Nasib baik wangi lagi.

Selepas mandi, Naufal terus berbaring sebelah Hana. Dikucup dahi Hana sekejap sebelum dia juga turut melelapkan mata. Masih ada dua jam lagi sebelum subuh.

Esok hari yang panjang. Esok juga hari dia dan Hana cipta memori baru.

Memori Istanbul.

• 🌼🌼🌼 •

Naufal menggeliat sedikit apabila terdengar bunyi alarm daripada phonenya. Tangan sebelah ingin diangkat untuk mencapai phone di atas meja kecil di tepi namun terasa berat semacam. Naufal menoleh. Kelihatan Hana memeluk lengannya erat. Ini kali kedua selepas kejadian di kampung.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now