💮 48

29.1K 1K 8
                                    

Orang kata, kuat titu bila mana kau masih mampu untuk tetap tersenyum sedangkan hati kau sedang hancur.

Orang kata, kuat itu bila mana kau masih mampu untuk tetap diam saat ditampar realiti menyakitkan.

Ada juga orang kata, kuat itu bila mana kau masih mampu untuk melihat orang yang kau sayang dalam penderitaan atau kesakitan tanpa kau dapat menolongnya apa-apa.

Tapi bagi Naufal saat ini, setiap apa pandangan orang tentang definisi kuat langsung tak mempengaruhinya walaupun sedikit.

Apa yang dia tahu, kuat itu datang dari Allah. Dan dia juga tahu, dia masih kuat untuk menghadapi segala yang terjadi meskipun berkali-kali dia dihenyak realiti menyakitkan.

Berat hendak melangkah, namun digigihkan jua langkah kaki menuju ke arah Hana yang masih terbaring kaku di atas katil.

Di tangan kanan, digenggam sejambak bunga tulip merah dengan empat kuntum bunga putih di tengahnya gubahan yang sama pada setiap bunga yang pernah diberikan pada Hana dahulu. Walaupun Hana tidak nampak, tapi sekurang-kurangnya dia tahu Hana dapat menghidu haruman bunga tersebut.

Bunga tadi diletakkan di dalam pasu yang sememangnya terletak di meja kecil sebelah katil. Sambil meletakkan bunga bunga tersebut, dia mengerling Hana dengan senyuman kecil.

Ditarik kerusi di sebelah katil perlahan sebelum duduk. Tangan kecil Hana dicapai dan digenggam erat. Kemudian dibawa naik ke bibir, dikucup kekura tangan Hana.

Lama, bagai menyalurkan rasa rindunya pada Hana.

"Assalamualaikum, sayang. Abang datang ni. Abang bawak bunga kesukaan sayang, mesti sayang suka kan?"

Tika itu, hanya dia sahaja yang masuk melihat Hana. Ibu dan yang lain katanya mahu masuk nanti, memberi ruang pada Naufal bersama dengan Hana.

Betapa leganya tadi apabila doktor memaklumkan kepadanya bahawa Hana dalam keadaan baik sahaja, tidak memberikan tanda tanda buruk sama sekali.

Kata doktor lagi, mungkin Hana mengalami mimpi buruk yang menyebabkan dia memberi respons begitu.

Naufal senyum, kemudian dia bersuara lagi. Pesan doktor, berbual dengan pesakit yang tidak sedarkan diri lagi adalah satu langkah yang bagus untuk tarik mereka perlahan-lahan supaya sedar. Naufal sekadar mencuba, manalah tahu Hana akan sedar. Cuma kali ini semoga harapan bukan sekadar harapan.

"Sayang mimpi apa, hm? Tell me how worst it is when you wake up okay? Semua risaukan sayang tahu. Abang ingat abang akan hilang sayang, tapi alhamdulillah Allah masih bagi abang peluang," Naufal berhenti seketika, mencium sekilas tangan Hana sekali lagi.

"Macam yang sayang pernah cakap pada abang dulu, setiap orang layak diberi peluang sekali lagi. Peluang untuk betulkan salah yang kita pernah buat, peluang untuk berikan yang lebih baik pada orang lain. Sayang bangun cepat, hm? Bagi abang peluang untuk jaga sayang lebih baik, bahagiakan sayang sampai langit biru,"

Seketika, Naufal membiarkan ruang bilik tersebut sunyi tanpa bicara sebelum kemudiannya dia meneruskan lagi apa yang ingin dikatakannya.

"Abang rindu sayang, rindu sangat sangat. Hana tak rindu abang ke, hm?"

Naufal bawa tangan naik mengusap pipi Hana lembut.

Hatinya sebak, namun ditahan sedaya upaya. Tak mahu menangis di depan Hana. Tak mahu Hana tahu bahawa hakikatnya dia sedang hancur di dalam situ, di dalam hati.

Wajah Hana dipandang lama. Rindu, bak tajuk lagu Tajul, sedalam dalam rindu.

Naufal bangun dari duduk, tangan Hana masih dalam genggaman tak mahu dilepaskan. Dia mahu keluar, memanggil yang lain untuk turut masuk melihat keadaan Hana.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now