💮 4

43.8K 1.8K 17
                                    

Masa seminggu yang diberikan kepadaku sudah habis. Aku buat seperti yang ibu sarankan. Aku dirikan solat sunat istikharah setiap malam berturut turut meminta jawapan dari-Nya.

Dan sejak itu mimpi yang hadir dalam tidurku semuanya sama. Hati aku bertambah yakin untuk menerima pinangan tersebut.

Mungkin betul kata Ibu. Ini yang terbaik untuk aku.

Aku redha.

Aku terima semua ni.

Hari ini Ibu tak bagi aku keluar berkerja kerana keluarga yang masuk meminang aku hendak datang menagih jawapan.

Aku rasa berdebar. Segalanya tak tentu arah.

Ibu pula excited semacam. Dari pagi tak henti-henti masak macam-macam.

Sejak tahu aku membuat keputusan untuk menerima pinangan ini, Ibu seronok sungguh. Belum apa-apa lagi, sudah macam-macam Ibu rancangkan.

Tempahan baju, pelamin, dewan, semuanyalah. Aku yang naik pening tengok.

Aku ke atau Ibu yang nak kahwin ni?

Dan sampai sekarang aku masih tak tahu nama penuh bakal suami aku. Bila ditanya pada Ibu berulang kali pasti jawapan Ibu 'lupa'.

Aku mengeluh hampa.

Takkanlah Zam je namanya? Haih lantaklah.

Aku menyarungkan baju kurung mini moden berwarna hijau muda rekaanku sendiri ke badan. Selendang berwarna ungu gelap aku lilit di kepala.

Kemudian aku oleskan sedikit lipstick berwarna pic di bibir. Malas hendak makeup lebih-lebih, memandangkan aku hanya akan berada di rumah sahaja.

Ibu mengetuk pintu bilikku dan masuk. Dia memegang bahuku dan melihat pantulanku di cermin.

"Cantiknya anak Ibu. Tak sabar nak jumpa suami ke?"

Pertanyaan ibu membuatkan wajahku bertukar warna merah.

"Apa Ibu ni... tadi Ibu juga yang suruh pakai lawa lawa," aku cebik sedikit. Konon merajuk.

"Alahai. Dah siap ke ni? Keluarga dia dah sampai. Hana dah ready?"

"Ibu ni tanya macam Hana nak pergi nikah jelah!" Ibu mengekek ketawa.

"Dah, cepat turun. Ibu tunggu kat bawah. Diorang pun tak sabar-sabar nak tengok bakal menantu diorang ni hah,"

Aku memandang sahaja susuk tubuh Ibu keluar dari bilik sebelum aku sendiri bangun dan bersedia untuk turun ke bawah.

Aku menarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan perasaan gemuruh dan debar yang tidak berhenti di dada.

Okay, Hana. Bagi jawapan je.

Chill, okay?

Aku perbetulkan sedikit selendang dan kemudian melangkah keluar.

• 🌼🌼🌼 •


SAAT melihat aku turun dari tangga, aku perasan seakan-akan semua mata memandang ke arahku. Apa lagi, makin merah lah muka aku dibuatnya.

Malu dilihat seperti ini.

"Ya Allah, cantik betul anak awak ni ya, Faridah! Lebih cantik daripada gambar yang saya tengok haritu," k

Kedengaran suara seorang wanita. Pasti itu bakal mak mertua aku.

Aku lihat mereka yang turut berada di ruang tamu juga saling berbisik sesama sendiri bila melihat aku. Aku berjalan perlahan dan bersalam dengannya serta yang lain sebelum melabuhkan duduk di sebelah Ibu. Mataku melilau juga ingin mencari gerangan yang masuk meminang aku.

"Dia tak datang," bisik Ibu bagai mengetahui apa yang aku cari. Aku cuma mengangguk perlahan.

"Hana... cantiknya. Macam bidadari syurga,"

Semakin malu aku dibuatnya. Aku hanya melemparkan senyuman, tidak tahu hendak membalas apa.

"Ini bakal mak mertua Hana. Datin Lia namanya. Itu pula suami dia, Dato' Halim," Ibu memperkenalkan mereka. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Hana dah ada jawapan?" tanya wanita tadi atau my future mother in law.

Amboi tak sabar betul ya terus terjah tanya aku!

"Hana... Hana terima," perlahan sahaja suara aku. Malu weh malu!

"Alhamdulillah!"

Kedengaran seluruh keluarga tersebut memanjat syukur.

"Terima kasih, Hana. Terima kasih sangat. Mesti dia suka sangat bila dengar ni. Mama suka sangat dengan Hana,"

Datin Lia mula menggelarkan dirinya sebagai Mama membuatkan aku terkelu seketika. Tak terlalu cepat ke? Namun begitu, aku kemudiannya hanya tersenyum sahaja.

Memang kerja aku dari tadi senyum, senyum macam kambing! Ibu di sebelah memeluk bahuku.

"Eh, marilah makan tengahari dekat sini je. Saya dah masak tadi. Hana ni banyak tolong. Adalah dalam dua tiga lauk dia masak sendiri. Marilah," pelawa Ibu seraya berdiri mengajak mereka semua ke ruang makan.

Amboi Ibu?

Hana tolong potong bawang je pun, sentuh kuali langsung tak. Pandai betul dia bodek!

Aku hanya tersengih kemudian menggeleng melihat tingkah Ibu yang beria-ia menyambut keluarga pihak lelaki.

"Lah yeke? Mesti sedap ni. Jom abang, kita makan dekat sini jelah,"

Datin Lia menggamit seorang lelaki tua di sebelahnya. Itu Dato' Halim lah kut.

Aku perasan Dato' Halim lebih banyak berdiam diri daripada bercakap namun bibirnya tetap mengukir senyuman.

Manis senyumannya.

Dan senyuman itu pula mengingatkan aku pada seseorang. Sepertinya senyuman mereka sama.

Eh takkanlah.. tak mungkinlah!

Kami semua menuju ke ruang makan dan menjamu selera. Macam-macam pujian aku terima daripada mereka.

Alahai... kalaulah tahu Ibu yang masak semua ni. Ibulah ni pandai-pandai aje.

Aku hanya senyum mendengar pujian mereka.

Ya, memang aku senyum dan senyum dan senyum je harini kut. Penat bibir comel aku senyum-senyum aje!

Separuh hatiku lega apabila mendapat penerimaan yang baik daripada keluarga ini.

Dan lega juga apabila aku sudah memberikan jawapan.

Moga perancangan-Mu indah, Ya Allah.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now