💮 7

46.8K 2K 49
                                    

Naufal Uzzam, suami aku?!

Aku pandang Ibu di sebelah dengan pandangan menagih jawapan.

Ibu bukannya tak tahu betapa aku membenci lelaki itu.

Ibu tahu dan Ibu sendiri nampak betapa terseksanya aku bertahun dulu kerana dia.

Kenapa, Ibu?

Ibu pura-pura tidak memandang aku. Pandangannya dialihkan fokus menghadap ke arah Naufal yang sedang bersalam dengan tok kadi.

Hebat Ibu.

Hebat Ibu sembunyikan semua ni daripada Hana.

Abang Haikal?

Abang pun sama.

Semua orang sama.

Semua orang sedaya upaya sembunyikan tentang hal ini.

Kenapa?

Kenapa?!

Aku tahan air mata yang bertakung di tubir mata.

Saat tangan mereka berjabat, saat lafaz ijab kabul lancar dilaksanakan dan saat saksi mengatakan sah, air mataku tumpah jua ke pipi.

Bukan air mata gembira seperti yang selalu pengantin perempuan rasakan apabila sudah selamat menjadi isteri orang.

Tetapi air mata duka.

Aku terasa seperti dipermainkan. Ditipu oleh Ibu sendiri. Patutlah acap kali Ibu kata lupa apabila aku ingin tahu namanya. Rupanyaa...

Ya Allah...

Segalanya dirancang rapi oleh mereka bukan?

Bodohnya aku tidak sedar.

Bodohnya aku kerana tidak cari tahu sendiri tentang dia.

Dan betapa bodohnya aku, kenapa aku tak tengok nama dia dekat kad kahwin haritu?! Sekarang baru nak terfikir!

Dah terlambat.

Aku pejam mata.

Tangan Ibu yang menggenggam tanganku aku lepaskan perlahan. Sedih, marah semua bersatu di dalam hati.

Ingin sahaja aku batalkan pernikahan ini namun segalanya sudah terlambat.

Aku... kini sah menjadi isteri dia.

Dia, Naufal Uzzam.

Bekas crush aku.

Si penghancur hati aku yang kini bergelar...

Suami.

Allahuakhbar.

Apa yang Kau rancangkan untuk hamba-Mu ini Ya Allah?

Aku angkat muka saat Naufal bergerak menghampiri aku untuk sesi pembatalan wuduk. Wajahnya yang mengukir senyuman menambahkan lagi sakit di hati. Ibu di sebelah yang sedang mengesat air mataku dengan menggunakan tisu aku biarkan. 

Naufal meraih tanganku untuk menyarungkan cincin. Cincin yang bertatahkan berlian kecil itu aku pandang hiba.

Sepatutnya aku gembira bila menerima cincin ini.

Aku hanya memandang Naufal. Ya, dia masih kacak seperti dahulu.

Tak berubah.

Betullah kata Ibu, dia kacak.

Jaw line miliknyanya masih terbentuk cantik. Wajah bersih tanpa sebarang misai atau jangkut dan juga jerawat. Sama seperti dahulu. Tiada cacat cela.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now