💮 38

29.1K 1K 34
                                    

"Sayang dah fikir?" aku menoleh sekilas ke arah Naufal yang berdiri di sebelah menyandar di kabinet dapur.

"Fikir apa?" tanya aku kembali kepadanya tanpa menoleh. Aku meneruskan memotong bahan bahan memasak yang aku keluarkan tadi untuk menyediakan sarapan.

"Fikirkan tentang cinta kita," Naufa sengih sengih. Mulalah tu nak main-main, meh aku balas.

"Abang pun dah fikir juga ke?" tanya aku semula.

"Fikir apa?" ewah ni yang bagus bila dia tanya semula ni!

"Fikirkan tentang cerita cinta kita," aku mengenyit mata ke arah Naufal kemudian gelak disambut oleh Naufal juga.

"Oh, makin pandai eh sayang ni," Naufal mencuit pipiku.

"Eeyy janganlah kacau, nak masak ni," aku menepis tangan Naufal.

"Okaylah, abang betul betul ni. Sayang dah fikirkan ke belum?" wajah Naufal berubah serius membuatkan aku berpaling ke arahnya.

"Fikir pasal apa ni?"

"Fikir pasal bila nak bagi abang anak," aku menjeling mata ke atas manakala Naufal pula menyengih macam kerang busuk.

"Malas betullah nak layan hish!" rungut aku.

"Taklah, sayang. Gurau je. Pasal mama ajak pergi makan tengah hari dekat sana, sayang dah fikir?"

Terus terhenti tanganku daripada memotong. Aku terdiam sebentar, bukankah mama mengajak Naufal sahaja bukan aku sekali? Aku kawal perasaan sendiri daripada dirasuk fikiran negatif kemudian menyambung kembali pemotonganku.

"Hari ni ke?" tanyaku perlahan.

Mungkin harini, yelah hari ni kan hari minggu?

"Hm, haah..."

Aku pandang Naufal sekejap dan senyum kecil. Senyum yang jelas kekok, menahan perit apabila teringatkan kata kata mama tempoh hari di hospital.

Aku menggeleng perlahan.

"Tak apalah, abang pergi jelah," aku alihkan pandangan. Takut, takut tak kuat.

"Laa kenapa abang je pulak yang pergi? No way, sayang pun kena ikut jugak," kata Naufal sambil berjalan mendekati aku.

"Abang..."

"Hana, ya abang tahu mama kata Hana tak pergi lagi bagus. Sayang, come look at me sekejap," Naufal mengambil pisau dalam genggaman tanganku kemudian dicampakkan ke dalam sinki. Dia memaut kedua belah bahuku menghadap ke arahnya.

Aku mendongak memandang Naufal.

"Listen, you're the part of the family okay? Tak ada alasan Hana tak boleh ikut sekali. Pedulikan kata kata mama. Sayang ada abang, apa sayang nak takut? Selagi abang ada, trust me, nyamuk pun tak berani nak hisap darah sayang," aku gelak mendengar kata-kata Naufal.

"Sweet talker," gumamku sambil menjeling ke arah Naufal. Naufal tersengih kemudian mengusap pipiku perlahan.

"Abang sweet talker dengan sayang je, sebab tu sayang nampak sweet je setiap hari kan? Em so, sayang nak pergi ke tak?" Naufal bertanya sekali lagi.

Aku mengeluh perlahan.

"Hana tak nak burukkan keadaan lagi, kalau kita tak pergi lagilah mama fikir bukan bukan. Kita pergi, okay?"

Naufal senyum kemudian mengusap kepalaku perlahan.

"Good, nanti lepas sarapan kita pergi okay?" aku mengangguk sebelum meneruskan kembali kerja yang tergendala tadi.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now