💮 30

33.6K 1.2K 6
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dan aku masih di sini, di taman yang sering aku kunjungi setiap kali berpeluang pada hujung minggu.

Kadang datang sendiri, kadang datang dengan abang and the family, kadang dengan Farah jika dia mahu.

Aku duduk di atas jambatan yang memang tiada penghadangnya. Kakiku dijulur ke bawah. Tasik yang menghijau dipenuhi ikan ikan menjadi tatapanku. Niat asal hendak pulang ke rumah Ibu tadi aku batalkan. Takut kalau nanti aku sendiri tidak kuat dan tewas di hadapan Ibu.

Yelah, itu Ibu. Kalau dia tanya sama ada aku okay atau tak, kau rasa aku mampu nak jawab okay? Mustahil! Walaupun nanti aku mengangguk dengan mengatakan aku okay, akhirnya nanti dengan pandangan Ibu yang penuh kasih sayang tulah yang buatkan aku tewas dan meluahkan segala galanya. Tapi mana mungkin kali ini aku nak tewas  lagi.

Ibu tak perlu tahu dan tak patut tahu. Takut nanti hubungan baik Ibu dengan Mama terjejas hanya kerana perkara ini.

Tak apa, ini cuma perselisihan faham. Aku mungkin boleh selesaikannya sendiri. Pasti boleh. Tapi masih ada jaminan lagi ke yang Naufal akan memilih untuk mempercayai aku apabila dia mengetahui tentang ini?

Naufal akan dengar penjelasan aku ke nanti?

Naufal akan beri aku peluang untuk menjelaskannya ke nanti?

Penat aku fikir, mungkin kerana itulah aku sudah berada hampir tiga jam di sini. Taman pun akan ditutup setengah jam lagi.

Phone ditangan berbunyi lagi menandakan panggilan masuk. Aku lihat nama pemanggil.

Naufal.

Daripada tadi memang Naufal menghubungiku namun aku tidak menjawab. Entahlah, aku tiada kekuatan untuk itu. Pasti Naufal dah balik sekarang ni. Tak cukup dengan panggilan, Naufal menghantar mesej pula.

-Naufal-
Hana kat mana?

Angkat call abang. Abang risaulah.

Kenapa tak tunggu kat rumah mama je?

Hana dekat mana? Rumah ibu pun tak ada.

Hana, jawablah. Jangan buat abang risau.

Satu pun tidak aku balas. Namun saat satu mesej terakhir yang dikirimkan oleh Naufal buatkan aku tergamam.

-Naufal-
Larikan diri bukan penyelesaian masalah.

Serentak itu, panggilan telefon daripada Naufal berbunyi lagi. Aku terus mengangkatnya.

"Hana dekat mana?" tanya Naufal terus tanpa memberi salam. Pasti risau dengan aku.

"Nanti Hana balik rumah Mama. Hana kejap je ni," jawabku perlahan

"Kejap ya? Hana keluar dah 3 jam, tu Hana kata kejap?" aku terdiam. Aku tahan air mata daripada jatuh apabila mendengar suara Naufal yang tidak lembut seperti selalu. Pastilah dia marah. Mama mesti dah beritahu Naufal tentang hal itu.

"Jawab abang, Hana dekat mana?"

"Hana..."

"Nah, I've found you," panggilan dimatikan. Terkedu aku apabila tiba-tiba tanganku ditarik untuk bangun.

Wajah Naufal yang kemerahan dan berpeluh menyapa pandangan. Dadanya berombak laju ssperti baru sahaja menyertai lumba lari.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now