💮 2

50.6K 2K 127
                                    

FLASHBACK •

Tahun ini tahun ketiga aku di kolej. Dan ini juga bermakna tahun akhir aku belajar di sini. Beberapa bulan sahaja lagi aku akan menempuh peperiksaan akhir dan sekaligus tamat belajar.

Uih tak sabarnya!

Sebelum peperiksaan akhir bermula, aku ingin berjumpa dengan dia.

Siapa dia?

Crush aku.

The only one crush.

Crush sejak tahun pertama lagi. Dia yang aku angaukan.

Naufal. Naufal Uzzam namanya.

Sentiasa segak dan menjadi kegilaan ramai dan salah satunya ialah aku.

Aku ingin berjumpa dengannya untuk meluahkan apa yang aku rasa. Aku fikir aku syok sendiri.

Tapi mungkin tidak.

Kerana dia sering melayan aku dengan baik. Itu yang membuatkan aku jatuh hati padanya. Jadi hari ini aku buat keputusan hendak meluahkan perasaan aku terhadapnya.

Lebih kurang macam confess lah kut.

Petang itu aku tahu Naufal dan rakan-rakannya akan bermain futsal di court sebelah kolej.

Aku datang dengan membawa sepotong kek sebagai hadiah untuknya. Aku menunggu Naufal di deretan kerusi yang tersusun rapi di luar court. Hatiku berdebar dan takut namun semua itu aku ketepikan.

Yang penting aku akan luahkan apa yang aku rasa!

Lebih kurang sejam kemudian, barulah Naufal menapak keluar dari court futsal. Aku nampak dia senyum ke arah aku.

Aku lambaikan tangan padanya dan menggamit dia supaya ke arah aku.

Dengan senyuman, dia datang ke arah aku. Jantung aku tak usah dicakap, rasa nak terkeluar dah ni. Naufal berdiri depan aku.

Ya Allah bau minyak wangi dia bercampur dengan bau peluh sungguh mengasyikkan.

Eh gatalnya aku ni!

"Ya, ada apa awak nak jumpa saya?" Naufal bertanya.

"Err saya... saya na- nak bagi sesuatu dekat a-awak,"

Eh sejak bila pulak aku gagap ni.

"Oh, ya? Apa dia?"

Aku hulurkan tangan yang berisi sekotak kek.

"Oh, kek. Terima kasih. Tapi kenapa?" Naufal masih dengan senyumannya buatkan aku sedikit lega.

"Err saja je nak bagi awak. Saya... saya..."

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now