💮 29

33.3K 1.2K 20
                                    

Hari ini hari terakhir di Istanbul. Beberapa minit sahaja lagi, kapal terbang yang akan kami naiki berlepas ke Malaysia.

Ah, baru terasa rindunya pada negara sendiri! 

5 hari di Istanbul tak terasa lamanya. Rasanya seperti baru semalam menjejakkan kaki di bumi Istanbul ini.

Seperti kebiasaan semua orang yang pergi melancong, pulang ke rumah pasti membawa beg lebih daripada asal. Semuanya gara-gara Naufal menarik aku pergi membeli belah semalam. Penuh satu beg hanya dengan barang-barang yang kami beli seperti cenderamata, hadiah untuk keluarga dan tak lupa juga untuk diri masing masing.

Memang tak ingat dunia kalau dah pergi shopping! Tak sangka pula Naufal pun gila shopping!

"Sayang, ni lawa juga,"

"Sayang, amek yang ni lah,"

"Sayang, ni sesuai untuk sayang!"

"Sayang, jom tengok yang tu pula!"

"Sayang, ni cantiklah,"

"Sayang, cuba yang ni,"

Ergh sayang itulah, sayang inilah, pening kepala melayan! Naufal ni ada terselit hormon perempuan sikit ke sampai shopping macam ni?

Paling seronok, Naufal membawa aku ke Grand Bazaar salah satu tempat membeli belah yang paling terkenal di sini.

Mungkin benar tentang itu kerana aku dan Naufal hampir terpisah kerana lemas dalam lautan manusia. Tarik-menarik, tolak-menolak antara satu sama lain gara gara hendak mara ke tempat lain. Bengang juga Naufal dengan keadaan tersebut. Tapi memandangkan tempat itu satu satunya yang boleh membenarkan kami membeli banyak barang dengan harga yang rendah, aku dan Naufal redha sahaja.

Namun begitu, kerana tidak mahu terpisah lagi Naufal menggenggam tanganku erat dan dimasukkan dalam poket baju sejuknya. Aku tak pasti itu adalah kerana takut kehilangan atau pun alasan untuk berpegangan tangan.

Well, Naufal kan banyak muslihat untuk perkara sebegitu.

"Sayang? Jom!" Naufal menarik tanganku berjalan dengannya menuju ke balai pelepasan apabila waktunya hampir tiba untuk kami masuk ke dalam pesawat. 

Naufal menarik beg baju kami manakala aku menarik beg yang berisi segala barang yang kami beli semalam. Ada juga Naufal berkata ingin membawa dua-dua beg dengan sendiri, takut menyusahkan aku.

Ceh setakat tarik beg menyusahkan apanya? Ke cuma dia yang konon nak tunjuk sweet? Tak payahlah, cik abang. Tolong-menolong amalan mulia kan!

Masuk sahaja ke dalam kapal terbang, aku terus melelapkan mata untuk tidur. Perjalanan ke sana pasti lama. Naufal juga melakukan perkara yang sama.

Mana taknya, Naufal terpaksa mengambil penerbangan paling awal iaitu seawal pagi kerana ada urusan di syarikat yang benar benar memerlukan kehadirannya. Itu pun di gesa oleh papa. Ditambah lagi dengan kepenatan semalam, tidur duduk begitu sahaja pun sudah cukup membantu menghilangkan kelelahan kami.

Hampir petang, barulah aku dan Naufal tiba di Malaysia. Naufal menghantarku terus pulang ke rumah Mama Lia dan dia pula tergesa-gesa pergi ke syarikat. Entah apa yang sangat penting sehingga aku ditinggalkan di sini.

"Sorry tinggalkan Hana dekat sini. Abang janji nanti abang ambil sayang, okay?" Naufal memujuk apabila melihat wajahku yang masam.

"Tak apalah. Abang pergi selesaikan kerja abang dulu, Hana tunggu abang balik," aku hulurkan tangan ingin bersalam. Naufal menyambutnya dan mencium pipiku sekilas sebelum aku turun daripada kereta.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now