"So how sayang?" aku mengerutkan dahi apabila ditanya begitu oleh Naufal.
"How apa?" aku memandang Naufal yang kini sedang memandu di sebelah.
Kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku tidak tahu rumah Naufal di mana kerana dia tidak mahu memberitahu aku jadi aku hanya diamkan saja. Tapi aneh juga apabila dia membawa kereta menuju ke Kuala Lumpur.
Bukankah tempat tinggal kami di Johor Bahru?
"Our pre-honeymoon really memorable kan?" Naufal sengih nakal. Ya, memorable untuk awak sorang je!
Aku mencebik bibir.
"Suka sangat cebik cebik macam tu. Sayang minta kiss lagi ke?" aku cepat cepat menutup mulut dengan kedua dua belah tangan. Naufal gelak.
"Tahu takut," aku menjeling.
"Kita nak pergi mana sebenarnya?"
"Pergi tempat paling seronok dalam dunia," jawab Naufal selamba. Aku berdecit.
"Betul betullah,"
"Betullah tu,"
"Hish awak ni,"
"Cuba tanya dekat mana,"
"Okay, fine. Dekat mana Naufal suamiku?" aku sengaja buat suara lembut dan mengedip ngedipkan mata ke arah Naufal.
"Eh, sayang ni rasa nak cari hotel sekarang lah," aku mencubit lengan Naufal. Makin dilayan, makin menjadi perangai! Hish!
"Jangan main-mainlah," aku bersuara malas. Malas nak melayan dah ni sebenarnya.
"Okay, okay. Cuba tanya balik," aku menjulingkan mata ke atas.
"Kita nak pergi mana?"
"Pergi hati abang," Naufal senyum manis memandang ke arah aku. Jantung aku serta merta mengepam laju. Rasa darah menyerbu ke muka, aku palingkan wajah ke luar tingkap.
"Eh, sayang. Abang baru pickup line sikit dah cair ke?" Naufal sengih nakal.
"Diamlah. Malas saya nak layan. Baik saya tidur," cepat cepat aku pejamkan mata. Mulanya aku hanya ingin lelapkan mata saja, tak sangka pula sehingga tertidur.
Naufal memandang isterinya di sebelah. Memandangkan mereka berhenti di lampu merah sekarang ini, Naufal mengambil peluang memandang wajah Hana yang sedang polos tidur. Diusap pipi Hana perlahan. Wajah Hana yang bersih ditatap lama.
Beza.
Sangat berbeza.
Hana yang dulu dan sekarang sangat berbeza. Penampilannya sudah berubah. Kalau dulu dia sering memakai baju kurung gaya kampung ke mana mana sahaja dia pergi.
Tapi kini Hana pandai bergaya. Baju kurung bukan lagi pilihannya. Hana kerap memakai jubah ataupun baju kurung moden. Bersolek juga dia pandai sekarang.
Hana yang sekarang lebih cantik berbanding dulu. Terfikir juga. Adakah kerana hinaannya dahulu Hana menukar penampilan sebegini rupa?
Kalau ya, rasa serba salahnya pasti bertambah.
Tapi tak apa. Yang penting, Hana sah menjadi miliknya.
Terima kasih, Allah.
Dikucup pipi Hana sekejap. Kasihnya pada Hana melimpah ruah walaupun sampai sekarang Hana masih belum dapat menerimanya sepenuh hati.
Tak apa, sayang. Hati sayang milik abang jua suatu hari nanti. Abang jamin tu.
Naufal menggerakkan kereta apabila lampu isyarat bertukar hijau. Sambil tersenyum dia menoleh sebentar ke arah Hana.
"Let's start our real honeymoon sayang!"
• 🌼🌼🌼 •
Aku menggosok mata apabila terasa seseorang menepuk pipiku. Wajah Naufal yang sedang tersenyum manis menyapa pandangan. Ah, lelaki ni mana pernah tak senyum. Aku menggeliat sedikit. Aku kerling jam tangan. Lamanya aku tidur.
"Kita dah sampai ke?" tanya aku kepada Naufal.
"Belum lagi,"
"Kalau belum kenapa kejut? Hish orang ngantuklah," aku pejam mata semula.
"Hey sayang jomlah turun. Tidur balik pula dia," aku diam malas nak melayan. Nak turun nak ke mana? Kata belum sampai kan.
"Sayang nak abang dukung ke?" tersentak aku apabila mendengar suara Naufal berbisik di telinga
Aku toleh ke sebelah. Hidungku berlaga dengan hidung Naufal. Naufal senyum nakal. Cepat cepat aku palingkan wajah ke arah lain. Yelah nanti tak pasal dapat bibir lagi. Dia tu bukan betul!
Aku pandang ke arah luar. Baru aku perasan kini kami berada di... lapangan terbang?
Aku cari wajah Naufal semula.
"Kenapa kita kat sini?" jangan cakap dia buat something without discussing with me again!
"Honeymoon!" serentak itu Naufal terus keluar daripada kereta. Aku ternganga sekejap sebelum aku juga turut keluar.
"Awak memang macam ni kan? Selalu buat keputusan tak bagitahu saya kenapa?" aku berdiri di sebelah Naufal yang sedang mengeluarkan beg baju.
"Surprise lah sayang," Naufal mengenyitkan mata.
"Surprise lah sangat. Lain kali cakaplah dulu dengan saya,"
"Kalau abang cakap dengan sayang, sayang pasti ke yang sayang will give me a yes?" Naufal menarik tanganku berjalan dengannya sementara sebelah tangannya membawa beg.
"Itu bergantung pada sayalah nak setuju ke tak,"
"See? Better abang tak payah cakap. Sayang ni really hard to handle kan sekarang?" Naufal menoleh memandang aku.
"Hard to handle konon. Dahtu siapa suruh kahwin dengan saya,"
"Hati saya suruh. Tapi sayang jangan risau. I will handle you with care and lot of love," Naufal cium sekilas pipi aku. Wajahku terus merona merah. Tempat awam pun jadi ke?
"Tapi kita nak ke mana? Baju yang ada ni lengkap ke?" aku tanya lagi
"Sayang ni banyak cakaplah. Baju semua ada. Abang dah prepare awal awal. Tulah sayang. Abang dah cakap, hidup sayang akan bertambah perfect kalau dengan abang," Naufal senyum lebar. Ewah tah bila dia prepare everything aku tak perasan pun?
"Dahlah. Tak payah fikir. Kosongkan fikiran sayang. Isi muka abang je,"
"Eleh macamlah dia handsome sangat," aku menjulingkan mata ke atas, menyampah.
"Of course I am. Sebabtu sayang suka abang kan?"
"Bila masa pulak saya suka awak? Tak habis habis isi bakul angkat sendiri," aku memasamkan muka.
"Yeke tak suka?"
"Ya,"
"Are you sure?"
"Hundred percent sure," jawabku dengan yakin.
Naufal memberhentikan langkah membuatkan aku berhenti juga. Dia bergerak berdiri berhadapan dengan aku. Aku hanya memandangnya.
Naufal senyum memandang aku. Tangannya naik memegang kedua bahu aku. Dia mendekatkan wajahnya ke telingaku.
Ni dah kenapa pulak? Ulat bulu dia kerja kuat sangat ke sekarang ni?
"It's okay. I will make sure that one fine day, you will fall for me again"
_______________________________________
Fuh hye korang! 😘
Lama kan aku tak update? Uhuk sorry gais wattpad buat hal dia tak benarkan aku update semalam 😭
Hehehe so here you go! Enjoy ya! Love youuuuuuuu muah ked 😘😘😘💖
YOU ARE READING
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔
RomanceNur Hana Imani. Kesakitan masa lalu membuatkan dia serik untuk menyayangi dan mencintai mana mana lelaki. Peristiwa itu memberikan impak yang besar sehingga kan dia tidak mampu untuk melupakannya. Sehingga kini, nama lelaki itu, Naufal Uzzam masih m...