💮 52

29.3K 960 25
                                    

Naufal masih lagi ketawa mengekek mengenangkan perkara tadi. Aku yang bengang, tak habis habis menjelingnya dari tadi.

Bahagia sangatlah tu usik gitu!

"Dahlah, apa yang kelakar sangat nak gelak sampai macam tu sekali eeiii," aku cubit perlahan lengan Naufal.

"Tak ada yang kelakar pun, cuma bahagia je," balas Naufal, masih dalam sisa gelaknya.

Ha nak kata bahagiamu deritaku boleh tak eh tapi selalu bahagia je ni

"Bahagia apa, bahagia kenakan orang? Tak malu eeeiii,"

"Nak malu apanya dengan sayang je pun. Bukan dengan orang lain. Tapi betullah abang cakap, tak sabar nak tunggu sayang habis pantang nak..." tak mahu mendengarkan ayat seterusnya, aku terus memotong percakapannya

"Haa habiskanlah ayat tu, Hana cucuk lidah pakai garfu ni!" aku sengaja mengacukan garfu di tangan ke arahnya, namun disambut gelak Naufal.

"Eleh, bengang nak dengar lah tu. Padahal kalau dah dapat, suka," Naufal mengangkat angkat kedua keningnya dengan sengihan yang tak pernah lekang di bibir.

Ya Allah suami ni sekali tarik mulut tu kang!

"Menyampahnya dengan abang ni. Nak anak sangat pergi beranak sendiri sana,"

"Hm kenapa tak cakap kahwin lagi satu je, yang?"

Membuntang terus mata aku sebaik sahaja Naufal dengan selambanya berkata seperti itu.

Amboi, macam dah ada niat je!

"Dah ada calon ke? Mehlah Hana tolong pinangkan!"

"Calon bini baru takde, calon bidadari syurga abang adalah. Tapi rasanya bukan calon dah, memang confirm In Shaa Allah Hana the only one,"

Naufal senyum manis memandang aku sambil tangannya ligat mencedok nasi ke dalam pinggan .

Aku palingkan muka daripada Naufal. Rasa panas pulak muka, malu. Ceh, malas je nak cakap yang hati ni dah kembang sedunia

"Dah, sini makan dengan abang," Naufal menarik kerusi duduk di sebelah aku. Nasi yang ibu sediakan untuk aku juga tadi dia capai dan letak di hadapanku.

Aku hanya pandang sekilas kemudian memandang Naufal kembali.

"Em nak suap?" sengaja, aku tanya dengan suara yang lembut disertakan senyuman.

"Amboi sayang sejak bila tahu mengada ni?"

Naufal menyengih, namun dilayankan sahaja segala kerenahku. Perlahan, dia menyuapkan nasi ke dalam mulutku. Aku tersenyum, seronok dilayan manja seperti itu.

"Sejak hatimu menjadi milikku,"

Dengan mulut yang penuh, aku membalas pertanyaannya tadi. Serentak itu gelaknya terlepas.

"Wow, aduh sayang, hati abang cair," Naufal melekapkan tangan di dadanya berpura-pura menahan sesuatu. Perbuatannya itu malah mengundang geli hatiku dan aku turut tertawa kemudiannya.

Allah, baru bagi ayat manis sikit!

"Mengadalah abang ni. Cepatlah makan, nanti nak masuk office balik kan,"

"Taknaklah, abang nak masuk hati Hana je,"

Oh dia ajak main pickupline lah jom balas!

"Hati Hana dah hilang lah,"

"Eleh nak cakap hati Hana pada abang lah tu, lapuklah sayang," Naufal mencuit hidungku.

"Alaa tu kan pickupline Hana sibuk je curi idea orang!" aku menepuk-nepuk belakang Naufal berkali-kali. Terlupa aku dia sedang makan tika itu sehinggalah tiba-tiba dia terbatuk batuk.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now